(Audio) Berhati-hati dengan Panggilan telefon yang Meminta Maklumat Kad Bank Anda

Posted by Sosej Roll Blog








Sekarang ini kita sering dengar berita tentang kehilangan duit dalam bank yang mana dipindahkan secara talian. Baru-baru ini juga seorang lelaki kehilangan RM70,000 ringgit baki wang pencen yang mana amat mengecewakan.



Bagaimanapun ramai yang tidak tahu bagaimana penjenayah mendapatkan butiran-butiran perbankan kita. Ada yang mengesaki itu adalah perbuatan penggodam yang mana boleh mendapatkan butiran perbankan seperti nama dan kata laluan perbankan online mangsa dengan menggunakan virus dan malware.



Namun tidak semua yang ada kemahiran seperti itu untuk mencuri wang anda dari akaun. Terkini satu pengalaman dari kru kami sendiri mengesyaki satu panggilan telefon yang mana cuba melakukan 'Phishing' iaitu mendapatkan maklumat dengan cara menipu yang cuba mendapatkan maklumat perbankan mangsa.



Mengesyaki perkara tersebut kru kami terus merakamkan perbualan tersebut sebagai rujukan umum dan supaya orang ramai lebih berhati-hati dengan sebarang panggilan telefon dati pihak yang tidak dikenali.



Berikut adalah rakaman suara antara keru kami dengan seorang penjual kad diskaun dalam talian:












Melalui rakaman tersebut kita dapat mendengar yang suspek cuba berlagak seperti seorang professional pada awal panggilan dan konon-konnya cuba membuatkan pengesahan kad selain itu juga meminta maklumat yang sensitif pada kad kononnya untuk maksud yang sama sepeti nombor tamat tempoh kad.



Bagaimanapun setelah permintaannya untuk mengetahui nombor tamat tempoh kad ditolak lalu suspek bertindak memarahi kru kami dengan kata-kata yang kurang menyenangkan.



Untuk pengetahuan pembaca, antara maklumat sensitif pada kad ialah tarikh tamat tempoh dan juga nombor ccv yang mana terdapat pada bahagian belakang card. nombor ccv biasanya mempunyai 3 angka.



Semoga orang ramai lebih berhati-hati dan tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh didedahkah mengenai maklumat perbankan anda. - Siakapkeli.com

Related Post



Post a Comment