Jom Lihat Wajah Di Sebalik Topeng Dalam Filem-Filem Terhebat



Inilah pelakon di sebalik filem terkenal yang mungkin anda semua Belum Tahu











































Selama 14 Tahun Nenek Ini Hanya Kerja Bunuh Lalat










Sebagai seorang pesara, ramai yang mencari hobi khusus di hari tuanya. Ada yang bekerja lagi dan ada juga yang lebih memilih untuk mencari kegiatan yang lebih santai.

Namun Nenek Ruan Tang, seorang pesara di China, ini mempunyai hobi' yang membuatnya asyik sendiri. Dan mungkin anda akan hairan dengan apa yang dilakukannya. Setiap hari, nenek ini membawa sebuah raket. Tapi bukan raket badminton.

Raket ini digunakan untuk menepuk dan menghapuskan lalat. Kelihatan remeh? Tidak lagi kalau anda tahu bahawa dalam sehari, Nenek Ruan Tang menghapuskan hingga 1000 ekor lalat. Dan apa yang dilakukannya ini sudah berlaku selama 14 tahun.

Wanita yang berasal dari Kota Hangzhou, Timur China ini sudah berusia 80 tahun. Namun ia sangat pantas untuk mencari lalat atau serangga lain yang menjadi sasarannya. Sekurang-kurangnya memerlukan 8 jam sehari, tujuh hari seminggu untuk membasmi serangga-serangga itu.

Boleh dikatakan ini adalah hobi, terapi masa tua dan pekerjaan yang ia lakukan. Walaupun pekerjaan ini hanya menghasilkan kesenangan dan kepuasan di hatinya saja. "Aku memutuskan untuk menghapuskan lalat kerana ini akan sangat bermanfaat. Sekarang aku melakukannya setiap hari.

Sebuah media di China memujinya atas ketekunan dan dedikasi untuk melakukan hal yang remeh setiap hari dan sungguh-sungguh. Mereka juga mengatakan bahawa Nenek Ruan Tang menggunakan kaedah membasmi lalat yang mesra alam.

Hobi yang unik di masa tua Nenek Ruan Tang. Walaupun hanya dengan menghapuskan lalat saja, ia boleh jadi terkenal dan ditonjolkan media. Ramai juga yang menyebutnya pahlawan kerana menjaga kebersihan alam sekitar dengan menghapuskan lalat dengan 'skill' nya itu.





Gila!! Keadaan Dalam Tandas Di Hotel Ini Boleh Di Lihat Dari Luar















Sebuah hotel lima bintang di New York ini menjadi pusat perhatian kerana menawarkan pemandangan 'indah nan unik' yang mungkin belum pernah ada sebelumnya, Namun sayangnya pemandangan 'indah' tersebut bukan diberikan kepada para pelanggannya yang menginap, melainkan para pejalan kaki yang setiap hari melaluinya. 


Kelab Boom Boom Room yang terletak di Standard Hotel di Manhattan, New York. Kelab ini  membolehkan para pengguna di tandas yang berada di tingkat 18 boleh dilihat oleh para penjalan kaki yang berada di bawahnya, kerana dinding tandas yang di buat dari kaca telus setinggi 10 kaki. Di sini, pengguna jalan kaki dan pelancong yang sedang berkunjung ke High Land Park, sebuah kawasan awam yang dibina di sebuah pusat Kereta Api bersejarah, boleh dengan mudah melihat pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh pengguna di dalam tandas hotel tersebut, mulai buang air besar, kencing, hinggakan mandi.


Pemain Dram Scorpions Dipenjara Sebulan Kerana Hina Islam Di Dubai


Dubai – Pemain dram kumpulan rock Scorpions, James Kottak dilaporkan telah dihukum penjara selama sebulan selepas didapati bersalah melakukan perbuatan menghina di Emiriah Arab Bersatu.
Kottak didakwa menghina Islam apabila menunjukkan isyarat lucah dan berada di bawah pengaruh alkohol ketika transit di lapangan terbang Dubai.
The Gulf News melaporkan, Kottak ditangkap pada 3 April lalu ketika dalam perjalanan dari Rusia ke Bahrain. Ketika itu, kumpulan Scorpions dijadualkan mengadakan persembahan pada perlumbaan Formula Satu.
Kottak dilaporkan mengaku minum arak namun menafikan tuduhan lain.
Sementara pengurus Scorpions tidak memberikan sebarang maklum balas.

Gambar Beryoga Fouziah Gous Dengan Suami Dikritik Peminat


Selepas gambar ‘mesra’ yang dikongsikan pelakon Diana Danielle bersama suaminya, Farid Kamil mendapat kritikan daripada peminatnya di Instagram, nampaknya gambar seorang lagi selebriti iaitu Fouziah Gous yang sedang asyik beryoga bersama suaminya, Zhafran pula menerima tempias yang sama.
Menerusi gambar tersebut, Fouziah melakukan aksi yoga sambil ditimang suaminya dengan hanya menggunakan kaki dan tangan.
Ramai peminat menyifatkan tindakan Fouziah berkongsi gambar tersebut sebagai tidak wajar namun tak kurang juga ada peminat yang menyukai pasangan ini yang dilihat sangat romantik dan gemar berkongsi gambar mengenai aktiviti seharian mereka.
Rasanya, takdelah keterlaluan gambar ni.
Yelah, masing-masing pun dah sah halal, lain lah kalau pakwe makwe yang buat aksi macam ni kan. Tak gitu? 
fouziah

PEMINAT KECAM DIANA DANIELLE MUAT NAIK GAMBAR KONTROVERSI DI INSTAGRAM

Diana Danielle telah memuat naik sekeping gambar yang telah menjadi perbualan hangat dan viral di laman sosial sekaligus menimbulkan kontroversi.

Gambar yang memperlihatkan aksi kemesraan antara Diana & Farid Kamil menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak.

Gambar yang dimaksudkan adalah gambar di bawah beserta dengan caption:

“Tadi bermanja dgn dakcik.. Sekarang saya kacau daksar pula :p”.

Ramai pengikut akaun Instagram Diana Danielle menyifatkan tindakan Diana itu tidak sepatutnya dilakukan. Ini kerana kemesraan antara suami dan isteri tidak perlu dan tidak baik dipamerkan pada khalayak ramai lebih-lebih lagi mereka sebagai selebriti. Walaupun dah halal sekali pun, ia bukanlah satu lesen untuk mendedahkan keintiman kepada umum.

Bagaimana pun, tidak lama selepas itu Diana telah memberikan penjelasan kepada seorang pengguna instagram bernama Liza yang dia pada ketika itu sedang duduk di sebelah suaminya yang sedang berehat di sofa.

“Dear Liza, i was sitting next to my husband while he was chilling on the sofa and i took a picture. Nothing wrong with that.” 

VIDEO: Histeria Gara-Gara Permainan Video


BENAR kata orang, apabila sudah terlalu ‘menjiwai’ permainan video, kita akan menjadi leka sehingga merasakan kita sememangnya sedang berada di dalam dunia maya itu.
Video yang kami kongsikan kepada anda ini merupakan antara kesan akibat terlalu asyik menggunakan gajet permainan video, Oculus Rift.
Ia merupakan set kepala yang berfungsi sebagai ‘helmet’ yang menayangkan visual permainan video, seolah-olah kita sedang bergerak melaluinya.
Kebanyakan mereka yang menggunakannya akan mempamerkan pelbagai emosi termasuklah berasa gayat, takut dan cemas walaupun sebenarnya mereka hanya berada di hadapan komputer atau televisyen.
Saksikan reaksi lelaki ini yang hampir histeria tatkala diusik oleh rakannya sehingga terpaksa ditenangkan oleh para pekerja dan orang ramai. Aduhai…


VIDEO: Bila Mat Bangla Dan Minah Filipina Bersuka-Ria Di Singapura…


MENERUSI video yang dikongsikan di Facebook The Real Singapore, satu aktiviti tidak senonoh telah dirakamkan di sebuah taman di Singapura.
Ia dipercayai dilakukan oleh pendatang asing warga Filipina dan Bangladesh dengan tujuan untuk berhibur.
Namun, ternyata aktiviti ‘memakan pisang’ ini sangat tidak manis dan kurang sopan untuk ditayangkan di tempat awam.
Rasanya, anda sendiri boleh memahami apa yang kami maksudkan kerana ia seolah-olah menggambarkan perbuatan seksual.
Hai, inilah akibatnya kalau tidak tahu menghormati budaya di tempat orang…


Pontianak Jalan Sungai Ular Makin Mengganas?


SUNGAI ULAR (KULIM) – Gangguan makhluk halus atau mistik wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka beranggapan ia satu kepercayaan tahyul.


Misteri gangguan lembaga menyerupai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular ke Simpang Tiga Terap bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam.

Penduduk tempatan mendakwa turut berjumpa lembaga bertenggek di atas paip air di tepi jalan seawal jam 11 malam.

Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal dan kenderaan lain terbabas.

Penulis sempat menemu bual mangsa yang pernah ternampak makhluk halus berkenaan.

Dia berkata, ia mempunyai ketinggian sekitar 5 kaki 11 inci hingga 6 kaki tinggi, berambut panjang sehingga ke paras siku dan menutup muka.

Menurutnya, lembaga dipercayai pontianak itu selalunya berdiri di tepi jalan atau dilihat berjalan di tepi jalan berseorangan dalam keadaan kepala tertunduk.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Taman Tunku Putra berkata, pontianak ini merupakan iblis dan jin yang mampu menyerupai pelbagai bentuk dan rupa.

“Gangguan iblis dan jin ini boleh mengakibatkan seseorang itu dirasuk. Semua ini berlaku apabila mangsa berada dalam keadaan lemah. Selain itu, pontianak ini sering berada di kawasan di mana kerap berlakunya kemalangan maut,” katanya.

Menurutnya, sekira iblis dan jin sudah berada di dalam badan terlalu lama, ia akan menjadi lebih selesa dan sukar untuk mereka meninggalkan jasad ditumpang.

Enjin motosikal tiba-tiba terhenti

Terkini, seorang kakitangan awam, Mohd Aziz Osman yang menunggang motosikal jenis Kawasaki RR150 dari arah Terap ke Kulim terkejut apabila enjin motosikal ditunggangnya tiba-tiba terhenti kira-kira 50 meter dari Jambatan Sungai Anak Kulim kira-kira jam  12.30 pagi.

Dalam keadaan gelap dia menolak motosikalnya ke tepi jalan. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya enjin motosikalnya itu berjaya dihidupkan semula.

Dia kemudiannya menghidupkan lampu motosikal bagaimanapun ternampak lembaga putih berambut panjang berada di hadapannya.

“Saya beristighfar panjang apabila ternampak lembaga putih itu berada kira-kira 10 meter di hadapan motosikal saya.

“Saya membaca beberapa surah Yasin dan meminta dia jangan mengekori saya,” katanya.

Menurutnya, pengalaman tidak dilupakan apabila lembaga itu memusingkan kepalanya sehingga ke belakang tanpa memusingkan badan.

Aziz berkata,  Jalan Sungai Ular ke Terap sering melibatkan kemalangan maut dan sehingga kini, lebih 10 kemalangan maut dilaporkan berlaku di mana ia melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta.

Bonceng perempuan waktu malam

Sementara itu, penduduk tempatan, Safaruddin Ahmad berkata, kewujudan lembaga putih dipercayai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular menghala ke Terap bukanlah satu perkara baru, kerana ramai dalam kalangan penduduk di kawasan itu sudah mengalaminya.

Dia yang mempunyai kebun di Terap pernah ternampak lembaga itu bertenggek di atas paip air yang terletak di tepi jalan.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam ketika dalam perjalanan balik ke rumah.

“Saya ketika itu menunggang motosikal dan tidak dapat menunggang dengan laju kerana membawa muatan durian. Jalan dari Terap ke Kulim sememangnya gelap pada waktu malam, kerana ia merupakan kawasan hutan.

“Apabila tiba di tempat kejadian saya merasakan muatan yang saya bawa semakin berat. Beberapa minit kemudian badan saya berasa sejuk dan dalam masa sama, lampu motosikal saya menyuluh lembaga perempuan berdiri di kanan jalan,” katanya.

Sebelum ini, lima anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) mengejar seorang suspek yang melarikan diri dengan menunggang motosikal di jalan berkenaan.

Mereka terkejut kerana di belakang motosikal salah seorang anggota ditumpang oleh seorang perempuan.

Anggota PBT itu mengalami kerasukan bagaimanapun dipulihkan dengan bantuan penduduk tempatan sebaik sahaja sampai ke pondok rondaan.

Kejadian ini masih berlaku sehingga hari ini dan terus menjadi tanda tanya kepada penduduk tempatan. – SINAR HARIAN 

VIDEO: Kesian Brader Ni Disangka Mesin ATM


HAI, pandanglah kiri-kanan dulu kalau hendak keluarkan duit dari mesin ATM…
Boleh pula mamat ini terkeliru antara cik abang ini dengan mesin ATM yang sebenar.
Siap hendak masukkan kad lagi ke perut abang tu.
Kesilapannya sekaligus mengundang ketawa wanita yang turut melakukan transaksi di situ.
Nasib baik abang ni ‘sporting’ dan buat tak tahu saja. Haha…



WTF : (Gambar) 10 Kesilapan Filem Terbaik Antarabangsa

#Who say malaysia filem sampah? Think again.









Huawei Honor 3C Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM499

Huawei Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan salah satu telefon pintar terbaru untuk pasaran Malaysia, iaitu Huawei Honor 3C. Menariknya mengenai peranti ini adalah ia membawakan spesifikasi telefon yang agak baik, dan menawarkannya pada harga hanya RM499.
Huawei Honor 3C
Huawei Honor 3C
Huawei Honor 3C membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.3GHz, dilengkapi memori 2GB RAM, skrin bersaiz 5-inci, serta menyertakan kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.
Bersama-sama dengan pengenalan Huawei Honor 3C, pihak Huawei turut melancarkan VMall Malaysia, yang mana merupakan kedai atas-talian untuk produk-produk Huawei.
Pengguna yang berminat boleh membuat tempahan untuk Honor 3C di laman VMall secara rasmi bermula hari ini.
Pihak Huawei juga turut mengatakan mereka merancang untuk membuka sehingga 100 kedai konsep yang menjual pelbagai produk Huawei di Malaysia tidak lama lagi.

Bayi Hampir Dipam Ke Dalam Lubang Tandas


CHINA – Pihak berkuasa berjaya menyelamatkan seorang bayi daripada  dipam ke dalam lubang tandas oleh ibunya yang tidak mengetahui bahawa dia mengandung.
Gadis itu mengunjungi hospital tersebut kerana sakit perut, tanpa menyedari dia sedang hamil dan hampir melahirkan bayi.
Menurut seorang doktor, Gao Yuwen, dia mendengar seseorang menjerit di tepi koridor hospital pada pukul 1 pagi.
“Saya kemudiannya mendapati orang ramai sedang mengerumi tandas dengan seorang wanita menjerit dan mengetuk pintu, meminta gadis di dalam tandas itu membuka pintu.
“Gadis itu masuk ke dalam tandas dan mengunci pintu dari dalam. Saya dapat mendengar bayi tersebut menangis,’’ katanya.
Selepas gagal memujuk gadis itu, anggota keselamatan terpaksa memecahkan pintu.
“Saya dapat melihat bayi itu berada di atas tandas sambil menangis dan tali pusat masih melekat pada ibunya,’’ kata doktor Gao.
Ibu dan bayi itu sihat.

2 GAMBAR LAGI INSIDEN KAPAL TERBANG PATAH BALIK AKIBAT ENJIN TERBAKAR

Pesawat penumpang patah balik ke Perth akibat enjin terbakar

PERTH: Sebuah pesawat berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth, pagi ini selepas salah satu enjinnya terbakar sebaik berlepas.

Penumpang pesawat Cobham Aviation memberitahu, mereka melihat api marak dan asap dari enjin yang terbakar sebaik pesawat berlepas jam 10.30 pagi waktu tempatan. 

Pesawat bagaimanapun berjaya berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Barrow Island. 

Cobham Aviation Services dalam satu kenyataannya berkata, pesawat BAE 146 empat enjin itu kembali ke Lapangan Terbang Perth jam 10.53 pagi.

Katanya, kejadian berlaku ketika pesawat sedang naik ke ruang udara apabila enjin nombor duanya tiba-tiba terbakar.

Ketika kejadian pesawat membawa 92 penumpang, dua juruterbang dan tiba anak kapal dan semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penumpang pesawat, Jason Grimmett, berkata kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas pesawat berlepas. 
"Saya duduk di sebelah kanan enjin dan tiba-tiba kepulan asap keluar dari enjin.

"Minyak bertaburan di udara sebelum api menyambar dan keadaan panik ketika itu namun juruterbang bertindak pantas untuk menutup saluran minyak," katanya. - ABC News

MH370: Mungkinkah Dakwaan Jemaah Umrah Itu Benar?


KUALA LUMPUR – Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Dalam laporan Astro Awani pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.
Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.
Dalam satu laporan berita daripada 7News Australia semalam pula, menyatakan bahawa syarikat GeoResonance yang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu telah mengesan objek yang berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Bengal berdekatan dengan perairan Laut Andaman.
Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.
“Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu,” katanya seperti yang dipetik 7News.
Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana lokasi itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.
Menurutnya objek tersebut sememangnya tiada sebelum kejadian tersebut.
Berdasarkan kedua-dua dakwaan itu mungkinkah ini merupakan satu petunjuk baru dalam misi pencarian pesawat yang masih lagi gagal ditemui sehingga pada hari ini.
laporan

Kerana Cantik Budak 6 Tahun Ini Jadi Jutawan Dan Hidup Mewah














Biasanya, kanak-kanak perempuan menghabiskan waktunya untuk sekolah, belajar dan bermain dengan rakan-rakannya. Namun budak perempuan ini berbeza, kerana kecantikannya, dia berkali-kali memenangi kontes pertandingan kecantikan kanak-kanak, hingga menjadi jutawan dan menjalani gaya hidup mewah. 


Gadis kecil berambut perang ini bernama Isabella Barrett. Usianya baru 6 tahun, tetapi dia sudah mempunyai wang berkat kerja kerasnya. Berkali-kali ia memenangi pertandingan kecantikan sejak usia muda. Kerana hal itu juga, Isabella dinobatkan sebagai jutawan kecil. 

"Siapa yang tidak suka menjadi jutawan?, Saya adalah seorang superstar, Saya punya (tanda) perhiasan sendiri dan saya suka jadi bos. Saya tak pernah kehilangan apa-apa dan hampir selalu memenangi pertandingan kecantikan yang saya ikuti. Tetapi apa yang paling saya suka adalah kasut. Saya punya lebih dari 60 pasang kasut ". Itulah kata-kata Isabella yang kami kutip dari akaun media sosialnya.

Melihat kecenderungan Isabella untuk bergaya hidup mewah sejak kecil dan menjadikan kecantikan fizikal sebagai aset, Susanna, ibu Isabella yang memiliki perniagaan perhiasan mengatakan bahawa dia tidak ingin putrinya membesar manja.

Kerana banyaknya wang yang dimiliki Isabella dan rasa percaya diri besar kerana berkali-kali memenangi pertandingan kecantikan, gadis kecil ini menikmati hidup yang benar-benar sangat mewah. Si ibu mengatakan bahawa Isabella akan memilih hotel lima  bintang setiap kali perjalanan atau setiap kali mengikuti pertandingan kecantikan. 

Dan yang lebih gilanya lagi, Isabella boleh menghabiskan $ 2,200 hanya untuk sekali makan! Dia tak pernah menempah cheseeburger dan kentang goreng seperti makanan yang biasanya di sukai ramai kanak-kanak, melainkan selalu memilih menu mahal seperti steak file mignon atau lobster super. 

Sebagai bintang pertandingan kecantikan, Isabella harus mempunyai banyak baju dan pakaian yang bagus. Dia tidak main-main dengan perkara ini, untuk satu pakaian saja, dia boleh menghabiskan $ 10,000. 

Melihat banyaknya komen negatif tentang Isabella dan anggapan orang bahawa apa yang dilakukan Isabella merupakan cita-cita orang tua, ibu Isabella mengatakan dirinya bukan orang tua pemaksa, ia hanya membantu Isabella mencapai impiannya. Jika esok dia mengatakan tidak mahu lagi melakukan semua ini, maka semua akan baik-baik saja.


Tips Menurunkan Berat Badan Dari Seorang Model India














Mempunyai berat badan ideal adalah idaman setiap orang. Tidak hanya wanita saja yang berlumba-lumba supaya berat badan mereka tetap kelihatan langsing dan sedap dipandang, lelaki pun begitu juga. Orang-orang yang bertubuh besar biasanya cuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badannya.


Bagi anda yang sudah melakukan pelbagai diet namun belum berjaya, mungkin anda boleh cuba cara menurunkan berat badan yang menyenangkan ini.

Salah satu tips kesihatan dari seorang model India bernama Ayurveda merupakan cara menyeronokkan untuk menurunkan berat badan. Cara ini cukup mudah untuk dilakukan. Yakni, meminum air suam setelah anda bangun tidur di pagi hari.

Meminum air suam sebelum sarapan akan membuat anda terasa lebih kenyang menyebabkan anda akan mengambil sedikit kalori. Minum air suam juga mampu mengekang nafsu makan, menjaga tubuh agar tak kekurangan cecair, juga membuat saluran pencernaan anda lebih bersih.

Air suam juga mempunyai suhu yang sama dengan tubuh hingga mampu membantu mempercepatkan proses metabolisma. Dengan metabolisma yang baik, akan membuat proses penurunan berat badan anda pun lebih cepat. Tidak hanya di situ sahaja, air suam juga boleh membantu tubuh membakar lemak yang melekat di tubuh anda secara semulajadi.

Simple sahajakan? Tapi ingat, jangan menambah zat pemanis dalam air suam anda ya. Selamat mencuba, semoga berjaya.

Keji: Kilang Ini Proses Ayam Mati Untuk Di Jual Kepada Pelangan

















Dunia kini banyak di banjiri barangan dari negara China. Bolehkah anda membezakan yang mana satu dibuat di negara-negara luar seperti, Filipina, Taiwan atau China? Ada setetengah barangan yang di ambil dari negara pengeluar dan di lebalkan dalam negara. Jadi kita semua perlu berhati-hati dalam membeli barangan makanan terutamanya dari negara China.


Seawal dini hari, seramai lima penunggang bermotosikal yang di upah untuk memulakan operasi rumah kerumah untuk mengumpul ayam-ayam mati dengan dengan bayaran murah.

Seekor ayam mati kosnya hanya 1 RMB dan akan dijual pada 9 RMB selepas pemprosesan. 
Pekerja-pekerja berpengalaman akan mula membersihkan bulu-buli ayam dengan persekitaran yang jijik dan air yang kotor dan tercemar. Mereka hanya memakai selipar berjalan antara ayam sebelum pemprosesan mewarna. 

Selepas proses pewarnaan ayam-ayam ini akan di pekkan dengan kemas dan di jual sebagai ayam baru dan jual.