Mungkin Allah Hendak Sampaikan Sesuatu – Awal Ashaari



Kemalangan yang melibatkan pengacara Awal Ashaari mendapat perhatian ramai beberapa hari ini lebih lebih lagi dengan keadaan keretanya yang rosak teruk akibat kejadian itu. Namun, Awal Ashaari dan rakannya hanya mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan tersebut.

Meluahkan rasa bersyukur kerasa masih diberikan peluang untuk teruskan hidup, Awal Ashaari berkata beliau seakan mati hidup semula selepas sedar dari kemalangan itu serta mengakui mungkin ada sesuatu yang mahu Tuhan sampaikan kepada dirinya.

“Bagai mati hidup semula, ia benar-benar satu keajaiban jika dilihat pada keadaan kereta yang remuk teruk. Hanya selepas 9 jam menerima rawatan, baru saya bersedia melihat gambar keadaan kereta yang dinaiki (selepas rosak teruk akibat kemalangan)”

“Saya bersyukur kerana masih dipanjangkan usia. Ia bagaikan satu keajaiban dan mungkin Allah SWT mahu menyampaikan sesuatu,” ujarnya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

Awal Ashaari juga meluahkan rasa bersyukur kerana kemalangan yang terjadi tidak melibatkan isterinya Scha al-Yahya dan anak mereka, Lara Alana. Kita sama sama doakan Awal Ashaari semoga cepat sembuh dan kembali cergas untuk bekerja dmei keluarga. ROTIKAYA

PKR, DAP Sabah beku kerjasama politik dengan Pas


KOTA KINABALU 30 Mac – Jika Rabu lalu DAP Sabah membekukan hubungan dengan Pas Labuan, kini parti itu bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri memutuskan kerjasama politik dengan Pas Sabah.

Jurucakap DAP dan PKR negeri, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, ke­sepakatan itu dibuat berdasarkan keputusan Pas Sabah yang sealiran dengan pemimpin pusat parti tersebut dalam melaksanakan hukum hudud.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang negeri berkata, DAP Sabah dan PKR negeri terpaksa mengambil keputusan sukar tersebut setelah berbincang lebih seminggu, selain setelah mengadakan satu pertemuan bersama empat pemimpin tinggi Pas Sabah yang berlangsung awal pagi ini.

Katanya, keputusan itu juga dibuat setelah satu tempoh masa dan ruang yang cukup diberikan kepada Pas Sabah untuk menyatakan pendirian untuk terus berada dalam pakatan pembangkang di negeri ini.

“PKR dan DAP Sabah hari ini menyatakan pendirian untuk memutuskan hubungan kerjasama politik de­ngan Pas Sabah ekoran keputusan pemimpin Pas negeri yang sealiran dengan Pas pusat dalam melaksanakan hukum hudud.

“Meskipun begitu, tiada tempoh masa untuk penggantungan kerjasama politik ini. Buat tempoh sementara waktu, segala program pakatan pembangkang di negeri ini akan melibatkan DAP dan PKR Sabah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Sze Phin. Namun tiada seorang wakil Pas Sabah dalam sidang akhbar tersebut.

Mengulas lanjut, Lajim berkata, sebagai majoriti dalam pakatan pembangkang di Sabah, PKR dan DAP akan bersama membawa serta merancang program kumpulan pakatan tersebut di negeri ini.

Menurutnya, kedua-dua parti itu akan menggunakan kuasa autonomi seperti yang diberikan dalam mengatur segala perancangan di negeri ini tanpa kehadiran Pas ne­geri.

Sementara itu tegasnya, barisan kepimpinan Islam di dalam kedua-dua parti tersebut tidak sama sekali menolak hukum hudud yang merupakan syariah Islam, namun tidak mahu pelaksanaan hukum berkenaan dilakukan pada masa ini.

Jelasnya, tiada keperluan mendesak untuk hudud dilaksanakan di negara ini pada masa ini ekoran pelbagai masalah negara yang perlu diperjuangkan oleh pembangkang termasuk isu rasuah, kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS), hutang negara serta kemiskinan rakyat Sabah.

“Malah terdapat ilmuan Islam di dunia yang menyatakan keperluan melaksanakan hukum hudud masih belum ada dan terdapat negara Islam lain menangguhkan pelaksanaan hukum ini. Berdasarkan perkara ini, PKR negeri memutuskan tiada keperluan melaksanakan hukum hudud pada masa ini,” katanya- utusan.com.my

jawab setiap persoalan rakyat mengenai GST-NAJIB



Najib jumpa dengan pegawai-pegawai Kastam

KUALA LUMPUR 30 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kompleks JKDM di sini bagi meninjau persiapan akhir jabatan itu menjelang pelaksa­naan cukai barangan dan perkhid­matan (GST) Rabu ini.

Beliau yang hadir sempena program walkabout turut melancarkan buku bertajuk Soalan Yang Selalu Ditanya Mengenai GST (FAQ GST) dan Pusat Akses Pembayar Cukai GST (TAP GST) yang akan dimuat naik di laman www.gst.custom.my untuk kemudahan orang ramai selepas ini.

Yang turut mengiringi beliau adalah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Kewa­ngan, Datuk Ahmad Maslan.

Sementara itu, Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, dalam pertemuan itu, Perdana Menteri mengingatkan setiap kakitangan JKDM supaya bekerja dengan penuh profesio­nal dan melakukan yang terbaik untuk menjawab setiap persoalan yang timbul mengenai GST.

“Amanat beliau adalah supaya pegawai bekerja dengan profesional dalam menjawab pertanyaan oleh rakyat, memberi nasihat dan buat kerja yang boleh membantu sektor perniagaan terutamanya dalam mengendalikan urusan perniagaan mereka.

“Jadi, apabila Perdana Menteri datang, ini membangkitkan semangat pegawai-pegawai kita untuk bekerja lebih gigih lagi terutamanya dalam memastikan pelaksanaan GST berjalan lancar,” katanya dalam sidang akhbar selepas pertemuan itu.

Menurut Khazali, JKDM turut melancarkan video multimedia mengenai cara-cara mengemukakan penyata dan bayaran GST yang dapat membantu peniaga apabila tiba tempoh percukaian kelak.

“Video ini membantu mereka yang perlu mengemukakan penyata bermula 1 Mei depan dan panduan bagaimana me­nuntut kembali cukai kredit input yang telah disediakan daripada JKDM,” katanya.

Khazali berkata, meskipun JKDM telah bersedia sepenuh­nya dalam melaksanakan GST, pihaknya tetap melakukan beberapa penambahbaikan di pejabat-pejabat jabatan itu untuk memastikan segala pertanyaan orang ramai dapat dijawab.

Jelasnya, di Kompleks JKDM, 10 lagi pusat bantuan operator dibuka yang akan beroperasi bermula pukul 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari manakala di pejabat JKDM setiap negeri, sekurang-kurangnya satu khidmat bantuan operator baharu ditambah.

Dalam pada itu tambahnya, proses pengambilan sebanyak 1,600 kakitangan JKDM baharu yang telah diluluskan kerajaan masih diteruskan dengan seba­nyak 800 daripadanya akan diambil dalam tempoh tiga bulan akan datang- utusan.com.my

Gambar Kantoi Ambil Gambar Sendiri


Kantoi tanpa di sedari cermin di belakang membuktikan kebenaran.













Jalan Baru penghubung antara kampung di Pulau Redang bakal dibina


IMG_4000

Penduduk di Pulau Redang bakal menikmati kemudahan jalan raya baru apabila kerajaan negeri bersetuju membinanya yang menghubungkan antara kampung tersebut dengan kawasan-kawasan peranginan di pulau itu.

Pegawai Daerah Kuala Nerus, Azmi Razik berkata, laluan sepanjang tiga kilometer yang bakal dibina tersebut secara tidak langsung akan meningkatkan sosioekonomi masyarakat di Pulau Redang dimana ianya merupakan salah satu pusat peranginan tersohor di Malaysia.

“Kita mempunyai kira-kira 17 resort di Pulau Redang, tetapi apa yang dapat kita lihat, manfaatnya tidak sampai kepada masyarakat kerana pelancong yang datang terus menggunakan jeti resort masing-masing.

“Dengan adanya jalan raya yang menghubungkan kawasan kampung dan pulau peranginan masyarakat turut dapat merasai manfaatnya dengan membuka kedai-kedai cenderamata, kedai makan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Taklimat Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kawasan Rumah Peringkat Kuala Nerus di Dewan Serbaguna Kampung Gong Lingai, semalam.

Menurut Azmi, laluan untuk membina jalan raya itu juga telah dikenal pasti dan ia hanya membanitkan tanah rizab kerajaan tanpa melibatkan tanah penduduk atau persendirian.

“Segala proses membabitkan laluan yang akan dibina jalan raya itu lebih hampir selesai dan sekarang kita tunggu untuk mengankat permohonan kepada kerajaan pusat dan dijangka ia dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

“Justeru, saya berharap penduduk terutamanya golongan muda bersedia untuk mengambil peluang ini, termasuk usaha untuk menjana pendapatan,” katanya.

Tambah beliau, masyarakat di pulau peranginan itu disaran lebih bijak mengambil peluang untuk meningkatkan pendapatan masing-masing dengan pelbagai sector ekonomi yang bakal dibuka nanti-teganukita