12 GAMBAR BAKA AYAM YANG UNIK DARI SELURUH DUNIA

Posted by Sosej Roll Blog

Ayam, sejenis burung yang tidak mampu terbang dan mudah didapati serta dipelihara secara domestik sejak dari dulu lagi. Populasi ayam kini mencecah 24 bilion. Ayam dipelihara untuk bekalan makanan manusia sama ada daging mahupun telurnya.

Kebiasaannya, kita hanya mengenali sejenis ayam sahaja iaitu ayam domestik yang kebanyakannya berwarna perang. Tetapi sebenarnya terdapat banyak jenis ayam yang lain yang belum pernah kita lihat.

Di bawah adalah gambar-gambar baka ayam yang mungkin agak pelik bagi anda yang belum pernah menyaksikannya:


1. Silkie

Silkie, bersikap pasif dan kemungkinan besar berasal dari negara China atau negara Asia Tenggara. Ayam Silkie ini berbulu lembut apabila disentuh. Manakala dagingnya pula berwarna biru tua.



2. Naked Neck

Berasal dari Eropah. The Naked Neck, Turken atau Transylvanian Naked Neck adalah ayam jenis togel di bahagian lehernya.  Nama Turken ini pula datang dari salah faham yang ayam jenis ini ialah kacukan ayam dengan ayam Belanda (Turkey). Ayam baka Turken ini boleh didapati di Eropah tetapi jarang ditemui di Amerika Utara.


3. Sultan

Jika Ayam Turken tidak berbulu di leher, Sultan pula dipenuhi dengan bulu dari hujung balung hinggalah ke hujung kaki. Ayam ini berasal dari Turki. Ayam ini biasanya untuk perhiasan dan dipelihara di taman Kesultanan Uthman.


4. Frizzie

Dipelihara untuk pameran. Rupanya kelihatan seperti burung hantu atau Big Bird (Sesame Street).


5. Araucana

Jenis ayam ini dikatakan berasal dari Chile. Ayam ini menghasilkan telur berwarna biru.


6. Faverolles

Berasal dari Perancis dan dibiakkan untuk menyertai pameran. Bersaiz besar dan memiliki janggut, kaki berbulu dan 5 jari satu kaki seperti Silkie.


7. Houdan

Juga berasal dari Perancis. Rupanya yang cantik menjadikan ia digemari dan popular di negara itu.


8. La Fleche

Berasal dari Perancis tetapi ayam jenis ini jarang ditemui. La Fleche dikenali kerana balungnya berbentuk huruf V seperti tanduk syaitan. Ayam ini juga dibiak untuk perhiasan dan telurnya berwarna putih.


9. Booted Bantam

Sekali pandang, tiada apa yang istimewa. Booted Bantam atau nama lainnya Dutch Booted Bantam ialah sejenis ayam  yang dinamakan sempena bulunya yang meriah di bahagian kaki yang dipanggil Sable dalam bahasa Belanda.


10. Polish

Baka berasal dari Eropah ini popular kerana bulunya di samping balungnya, Polish dikenali kerana bulu yang tumbuh di seluruh kepalanya sehingga membentuk kon. Ayam ini dibiakkan untuk mendapatkan telurnya. Polish juga adalah untuk pertunjukan.


11. Appenzeller

Berasal dari Switzerland. Terdapat dua variasi, Spitzhauben dan Barthuhner.


12. Crevecoeur

Nampak brutal kan? Ayam baka ini jarang dijumpai. Berasal dari Perancis dan merupakan salah satu baka ayam tertua di dunia.

Related Post



Post a Comment