Mawar Suruh Menabung Kalau Tak Mampu Pakai Tudung Fareeda?

Posted by Sosej Roll Blog


Di kalangan wanita bertudung negara ini, tudung jenama Fareeda antara yang popular digayakan.
Lumrah apabila mendapat sambutan, maka tudung jenis ini mula menjadi mangsa ciplak dan dijual pada harga jauh lebih rendah.
Sudah tentu, ini adalah satu kesalahan memandangkan pemilik Fareeda sudah mempatenkan rekaan tudung mereka.
fareedapaten
Justeru baru-baru ini, diadakan satu serbuan dan rampasan terhadap penjual tudung yang meniru paten tudung ini.
Perkara ini mendapat perhatian ramai apabila anak kepada pengasas Fareeda dan model tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim yang merupakan isteri kepada pelakon, Fizo Omar turut serta dalam operasi ini.
10174864_10152354709249414_3002174015403808602_n
Rata-rata membidas Mawar kerana beranggapan tudung keluaran syarikatnya terlalu mahal membuatkan orang ramai beralih pada tudung yang lebih kurang serupa namun dijual pada harga berpatutan.
Isu ini tambah hangat apabila Mawar dikatakan memberi kenyataan supaya mereka yang ingin bergaya mengikut kemampuan sendiri dan menabung jika belum mampu.
Fullscreen capture 4112014 125811 PM
Ramai juga mempersoalkan ciri-ciri tudung Fareeda yang dikatakan terlalu singkat untuk wanita Islam.
Susulan itu, Fareeda menerusi laman Facebook dilihat menjawab kritikan ini secara tidak langsung menerusi gambar-gambar koleksi tudung terbaru mereka yang kelihatan lebih labuh sejak semalam.
fareedalabuh  Fullscreen capture 4112014 12627 PM
Bagaimanapun orang ramai seharusnya sedar, menciplak hak paten orang lain yang sudah melabur banyak modal untuk iklan dan memerah otak untuk menghasilkan produk yang baik sememangnya tidak patut.
Tentang komen yang menyuruh pengguna supaya ukur baju di badan sendiri dan menabung pula, kami beranggapan ini tidak semestinya datang dari mulut Mawar.
Tapi Fareeda sendiri, rasanya perlu tengok semula individu yang menjaga Facebook dan laman sosial syarikat ini sebab bahasa kenalah jaga supaya kelihatan profesional dan tidak menyakiti hati pengguna

Related Post



Post a Comment