SUMBAT PIL GASTRIK DALAM #KEMALUAN UNTUK GUGURKAN JANIN [GAMBAR]

Posted by Sosej Roll Blog

JANIN yang digugurkan hasil daripada hubungan terlarang. Gambar kecil, pil Misoprostol berbentuk enam segi yang boleh menyebabkan keguguran.

Antara maut atau mandul, itulah jalan singkat kepada wanita yang hamil anak luar nikah menggugurkan kandungan mereka bersendirian dengan menggunakan pil gastrik yang diperoleh dari doktor yang tidak bertauliah di laman sosial.

Akibat terdesak selepas hamil tanpa perhubungan sah, ramai wanita termasuk remaja merujuk internet untuk mengugurkan kandungan mereka.

Maklumat yang diperoleh mendapati kaedah paling popular ialah menggunakan pil Misoprostol yang sebenarnya dijual untuk merawat penyaki ulser gastrik dengan cara menelannya.

Tetapi pil itu disalahgunakan untuk menggugurkan janin dengan menyumbatkannya di dalam #kemaluan. Dalam tempoh tiga jam sahaja si pemakan akan turun darah dan berlakulah keguguran. 

Bunyinya memang mudah, tapi hakikatnya tidak begitu kerana ia amat bahaya. - HARIAN METRO

Related Post



Post a Comment