Penjara Setahun Pecah Rumah

Posted by Sosej Roll Blog

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam, menjatuhi hukuman penjara setahun kepada seorang nelayan selepas mengaku salah melakukan pecah rumah dan mencuri barang berharga milik seorang guru, tahun lalu. Azizul Majid, 33, dari Kampung Gong Sekolah Mengabang Telipot, di sini, mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan itu pada 30 November 2013, kira-kira jam 1.30 pagi.

Dia mengaku salah memecah masuk kediaman milik seorang guru, Ahmad Syakir Mohd Zabawi, 28, di Taman Maidam Tok Jembal, di sini, dan mencuri dua rantai emas, satu loket emas, sebentuk cincin emas, dua utas jam tangan jenama Casio dan wang tunai berjumlah RM200.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim. Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, mangsa yang baru pulang dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapati rumahnya dalam keadaan berselerak.

Mangsa mensyaki kediamannya telah dipecah masuk dan kemudian membuat pemeriksaan selanjutnya sebelum mendapati ada kesan umpil di bahagian tingkap belakang rumahnya, selain beberapa barang berharga miliknya hilang. – Sinar Harian

Tertuduh Mengaku Bersalah - Foto Sinar Harian 
Tertuduh Mengaku Bersalah – Foto Sinar Harian

Azizul berjaya ditangkap pada 23 Jun lalu, kira-kira jam 4.30 petang ketika berada di tepi Jalan Sultan Ismail, di sini, dalam keadaan mencurigakan. Hasil siasatan mendapati cap jari yang berjaya dikesan di kediaman berkenaan adalah milik Azizul.

Related Post



Post a Comment