Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

PKR, DAP Sabah beku kerjasama politik dengan Pas


KOTA KINABALU 30 Mac – Jika Rabu lalu DAP Sabah membekukan hubungan dengan Pas Labuan, kini parti itu bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri memutuskan kerjasama politik dengan Pas Sabah.

Jurucakap DAP dan PKR negeri, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, ke­sepakatan itu dibuat berdasarkan keputusan Pas Sabah yang sealiran dengan pemimpin pusat parti tersebut dalam melaksanakan hukum hudud.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang negeri berkata, DAP Sabah dan PKR negeri terpaksa mengambil keputusan sukar tersebut setelah berbincang lebih seminggu, selain setelah mengadakan satu pertemuan bersama empat pemimpin tinggi Pas Sabah yang berlangsung awal pagi ini.

Katanya, keputusan itu juga dibuat setelah satu tempoh masa dan ruang yang cukup diberikan kepada Pas Sabah untuk menyatakan pendirian untuk terus berada dalam pakatan pembangkang di negeri ini.

“PKR dan DAP Sabah hari ini menyatakan pendirian untuk memutuskan hubungan kerjasama politik de­ngan Pas Sabah ekoran keputusan pemimpin Pas negeri yang sealiran dengan Pas pusat dalam melaksanakan hukum hudud.

“Meskipun begitu, tiada tempoh masa untuk penggantungan kerjasama politik ini. Buat tempoh sementara waktu, segala program pakatan pembangkang di negeri ini akan melibatkan DAP dan PKR Sabah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Sze Phin. Namun tiada seorang wakil Pas Sabah dalam sidang akhbar tersebut.

Mengulas lanjut, Lajim berkata, sebagai majoriti dalam pakatan pembangkang di Sabah, PKR dan DAP akan bersama membawa serta merancang program kumpulan pakatan tersebut di negeri ini.

Menurutnya, kedua-dua parti itu akan menggunakan kuasa autonomi seperti yang diberikan dalam mengatur segala perancangan di negeri ini tanpa kehadiran Pas ne­geri.

Sementara itu tegasnya, barisan kepimpinan Islam di dalam kedua-dua parti tersebut tidak sama sekali menolak hukum hudud yang merupakan syariah Islam, namun tidak mahu pelaksanaan hukum berkenaan dilakukan pada masa ini.

Jelasnya, tiada keperluan mendesak untuk hudud dilaksanakan di negara ini pada masa ini ekoran pelbagai masalah negara yang perlu diperjuangkan oleh pembangkang termasuk isu rasuah, kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS), hutang negara serta kemiskinan rakyat Sabah.

“Malah terdapat ilmuan Islam di dunia yang menyatakan keperluan melaksanakan hukum hudud masih belum ada dan terdapat negara Islam lain menangguhkan pelaksanaan hukum ini. Berdasarkan perkara ini, PKR negeri memutuskan tiada keperluan melaksanakan hukum hudud pada masa ini,” katanya- utusan.com.my

Kadar Kelayakan Baharu Pinjaman Perumahan dinaikkan kuatkuasa 1/1/2015 (Jadual)







Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan jadual kadar baharu pinjaman perumahan perbendaharaan Malaysia. Selain itu, turut diumumkan ialah pemansuhan wang proses sebanyak RM100. Kedua-dua perkara itu berkuatkuasa pada 1 Januari 2015.


Lihat jadual kelayakan mengikut gaji hakiki:



QZ8501: Banyak Lagi Serpihan Pesawat, Barang Penumpang Ditemui




KOMANDER 1 Tentera Udara Operasi Indonesia, Marshall Dwi Castillo (kanan), menunjukkan sebuah beg ditemui terapung berhampiran tapak di manaPesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang, semasa sidang akhbar di pangkalan udara di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia, hari ini. - Foto AP


JAKARTA: Kapal perang Indonesia, KRI Bung Tomo hari ini mengumpulkan sejumlah besar barangan peribadi milik mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, selain beberapa objek keras daripada bahagian pesawat.
"Peralatan kecemasan bertulis AirAsia, dua pintu pesawat, satu unit tingkap kecemasan, beberapa beg berisi makanan dan kasut kanak-kanak serta kamera poket ditemui di kawasan perairan Pangkalan Bun," kata ketua operasi KRI Bung Tomo, Dispne Koarmatim, hari ini.

Sementara itu, Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) pagi ini menemui tiga lagi mayat yang dipercayai penumpang dan kru pesawat AirAsia Indonedia QZ8501 yang terputus hubungan Ahad lalu, dengan satu mayat dengan pakaian pramugari.

Semua mayat masih berada dalam KRI Bung Tomo ketika ini.

"Pada kedalaman 24 meter, alat sonar mengesan beberapa objek berselerakan dipercayai serpihan badan pesawat," katanya. - Detik.com

Mangsa banjir di enam negeri cecah 225,000


LebuhRaya Pantai Timur (LPT) -Temerloh.

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk pagi ini dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada 151,072 orang manakala keadaan di lima negeri tidak banyak berubah dengan Selangor kembali dilanda banjir kilat.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di enam negeri terbabit kini ialah sebanyak 225,731mangsa.

Terengganu mencatat sebanyak 33,260 mangsa, Pahang 33,225, Perak (7,813), Johor (328) dan Selangor 33 mangsa.

Di KELANTAN, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata mangsa banjir daripada 36,128 keluarga ditempatkan di 309 pusat pemindahan melibatkan lapan daerah.

Jajahan Kota Baharu masih mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 44,061 orang, Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,500), Gua Musang (17,327), Machang (8,289), Tanah Merah (3,546) dan Pasir Puteh (192).

Di PAHANG, jumlah mangsa terus meningkat kepada 33,225 orang berbanding 31,095 mangsa semalam.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, setakat 9 pagi ini, Temerloh kekal menjadi daerah mangsa banjir paling ramai iaitu 12,012 orang yang ditempatkan di 71 pusat pemindahan.

Enam daerah lain ialah Kuantan membabitkan 3,046 mangsa yang ditempatkan di 17 pusat pemindahan, Pekan (4,873 mangsa di 17 pusat pemindahan), Maran (3,479 mangsa di 33 pusat pemindahan), Jerantut (6,025 mangsa di 59 pusat pemindahan), Bera (1,491 mangsa di 14 pusat pemindahan) dan Lipis (2,299 mangsa di 31 pusat pemindahan).

Sehingga kini Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bagi laluan kedua-dua arah Kuantan-Kuala Lumpur dan jalan lama masih ditutup kepada lalu lintas. Orang ramai yang menuju ke Kuantan dari Kuala Lumpur diminta menggunakan jalan alternatif melalui Seremban-Kuala Pilah-Serting-Muadzam Shah-Kuantan dan sebaliknya.


Sungai Pahang di Temerloh.



Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak.


Kawasan sekitar daerah Gua Musang.

Di PERAK jumlah mangsa terus meingkat kepada 7,813 mangsa berbanding 7,539 mangsa malam tadi.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, kesemua mereka ditempatkan di 54 pusat pemindahan iaitu 22 di Kuala Kangsar, Perak Tengah (20), Hulu Perak (11) dan Kerian (satu).

Di Perak Tengah, bilangan mangsa banjir setakat ini adalah sebanyak 4,220 orang.

Kuala Kangsar yang merangkumi kawasan Sungai Siput mencatat jumlah mangsa banjir sebanyak 2,565 manakala di Hulu Perak sebanyak 738 dan Kerian (290) mangsa.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir menurun kepada 33,260 orang berbanding 36,210 malam tadi.

Di Kemaman masih tinggal 22,214 mangsa manakala hampir 3,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila keadaan air beransur surut.

Di Dungun masih terdapat 10,138 orang mangsa, Kuala Terengganu (759) orang dan Hulu Terengganu (149) mangsa.

Jumlah pusat pemindahan di Terengganu juga menurun daripada 88 malam tadi kepada 79 pagi ini, iaitu Dungun 34, Hulu Terengganu (empat), Kemaman (35) dan Kuala Terengganu (enam).

Sementara JOHOR mencatatkan sedikit penurunan mangsa banjir iaitu empat orang, dengan seramai 328 mangsa direkodkan pagi ini berbanding 332 mangsa malam tadi.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, sembilan pusat pemindahan menempatkan 85 keluarga masih dibuka iaitu di satu di Muar, Batu Pahat (dua) dan masing-masing tiga di Segamat dan Kluang.

Jalan Kampung Asli Sedohok di Kahang, Kluang masih belum boleh dilalui, menurut pusat kawalan terbabit.

Sementara di SELANGOR, hujan lebat berterusan pada Sabtu lepas menyebabkan beberapa buah kampung di Klang, antaranya Kampung Budiman, Meru dan Kampung Sementa, Kapar mengalami banjir kilat melibatkan 33 mangsa.

Kesemua mangsa daripada sembilan keluarga itu ditempatkan di pusat penempatan sementara Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai.

— BERNAMA

Minggu penangguhan persekolahan tidak perlu diganti - TPM





DUNGUN: Penangguhan selama seminggu permulaan sesi persekolahan 2015 di seluruh negeri tidak perlu diganti, kata
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, ia tidak perlu diganti kerana masih dalam tempoh yang bersesuai untuk persekolahan.

"Bukannya cuti persekolahan itu ditambah tetapi masalah tertentu yang kita terpaksa tangguhkan. Kita harap ini akan disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan di sekolah-sekolah," katanya pada sidang media selepas melawat dua pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau dan SK Kampung Nyior di sini.

Dengan penangguhan itu, tarikh baharu sesi permulaan persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain pada 12 Januari (Isnin).

Turut bersama dalam lawatan itu ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Roslina Ngah.

Sebelum ini, sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dijadual dibuka pada 4 Januari manakala bagi negeri-negeri lain adalah 5 Januari.

Muhyiddin berkata, sehingga semalam, Kementerian Pendidikan mendapati 340 sekolah di tujuh negeri terjejas banjir atau menjadi Pusat Pemindahan Sementara.

"Banjir masih berlarutan, maka sebahagian sekolah tidak dapat digunakan. Malah ada guru yang masih berada di kampung dan mereka tidak boleh pulang sekarang untuk mengajar.

"Justeru, atas dasar-dasar ini, kita putuskan untuk tangguhkan sementara pembukaan sesi persekolahan waktu ini bagi membantu keluarga untuk pemulihan dan buat persiapan," katanya.

Muhyiddin turut meminta Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah membuat taksiran mengenai kerugian harta benda dan kerosakan bangunan yang mungkin dialami berikutan bencana itu. - BH Online

Pesawat Airasia QZ8501 mungkin disambar petir





Laporan Terkini yang dipetik dari TribunNews menyatakan Pesawat AirAsia QZ8501 yang dilaporkan terputus hubungan sebelum ini disambar kilat berdekatan Perairan Pulau Belitung.



Laporan yang dipetik dari Portal Tribun News



Kemungkinan tersebut, disebabkan adanya data jaringan Weatherbug yang menyebut terjadi sambaran petir di dekat lokasi hilangnya pesawat nahas tersebut.



“Menurut real-time monitoring UTC (United Technologies Corporation), terdeteksi jaringan sambaran petir dekat jalur penerbangan AirAsia QZ8501, yakni antara 2309hrs dan 2320hrs,” begitu data yang dikutip dari laman berita Singapura, Todayonline.com.



Sebelum ini diberitakan, Menara Air Traffic Control (ATC) terputus hubungan dengan pesawat AirAsia dengan nombor pendaftaran QZ 8501, pada ahad (28/12/2014). Badan SAR Nasional menjangkakan pesawat itu jatuh terhempas di perairan Bangka Belitung.

Feri Bawa 466 Penumpang Terbakar





OTHONOI - GREECE. Sebuah feri yang membawa seramai 466 penumpang terbakar di perairan Greece, hari ini.
Menurut sebuah kenyataan rasmi, kejadian itu berlaku 33 batu nautika dari Pulau Othonoi selepas mengeluarkan isyarat kecemasan.

Feri 'Norman Atlantic' kepunyaan Itali dilaporkan terbakar di sudut parkir yang menempatkan sekurang-kurangnya 200 kenderaan di dalam feri tersebut, lapor AFP.

Menteri Pertahanan Greece, Nikos Dendias memberitahu, kerjasama operasi menyelamat dijalankan bersama pihak berkuasa.

Feri tersebut yang berlayar dari pelabuhan Patras di Greece pada 5.30 pagi waktu tempatan sedang menujuk ke pelabuhan Ancona di Itali semasa kebakaran berlaku.

Menurut laporan itu lagi, operasi menyelamat sukar disebabkan angin kencang yang sedang melanda.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, seramai 55 penumpang telah dipindahkan ke sebuah kapal lain, manakala 150 penumpang masih di dalam bot kecemasan. - Sinar Harian

Disaat Kelantan Ditengelami Air Ada Juga Manusia Binatang Yang Sanggup Edit Gambar Tok Guru Nik Aziz








Disaat-saat Kelantan ditengelami banjir dan disaat Tuan Guru Nik Aziz sakit ada juga manusia spesis binatang yang tergamak edit gambar Tok guru seperti dibawah. Inilah manusia tiada otak nak potikik pun biar bertempat sedangkan Tuan Guru Nik Aziz bukan lagi terlibat sepenuhnya dengan PAS.



Manusia binatang yang menggunakan nama Mohd Nazim ini telah postkan gambar tersebut dalam sebuah group politik gambar tersebut telah mendapat pelbagai reaksi penguna laman sosial lain.Semoga manusia ini sempat bertaubat dan mohon ampun dari Tuan Guru Nik Aziz


http://www.beritahariann.org/2014/12/disaat-kelantan-ditengelami-air-ada.html






sumber

Aktiviti Golf Bersama Obama Demi Hubungan Diplomasi Negara - Najib





KOTA BARU: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu menjelaskan aktiviti bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii baru-baru ini tidak bermakna beliau sengaja mengabaikan bencana banjir di negara ini seperti yang dipolemikkan sesetengah pihak.

Sebaliknya, perdana menteri berkata aktiviti itu telah dirancang lebih awal atas dasar menjalinkan hubungan diplomasi dengan pemimpin-pemimpin dunia bagi mendatangkan manfaat kepada Malaysia.
Tambahan pula, katanya, jemputan itu telah disampaikan sewaktu Obama melawat negara ini April lepas dan amat sukar untuk beliau menolaknya kerana ia telah dirangka lebih awal dalam jadual kedua-dua pihak.

Bercakap pada sidang media di sini selepas meninjau kawasan yang terjejas teruk akibat banjir di Kelantan, beliau berkata: "Sebenarnya, waktu Presiden Obama melawat Malaysia, beliau menyatakan kalau kebetulan saya berada di Hawaii dengannya (Obama), dia nak saya main golf dengan dia.

"...dan Main golf ini bukanlah satu perkara aneh atau luar biasa...sebab zaman Tun Abdul Razak (perdana menteri kedua Malaysia), Tun Dr Ismail Abdul Rahman (timbalan perdana menteri kedua) bermain golf dengan pemimpin dunia merupakan perkara yang boleh dikatakan sebagai 'golf diplomacy'.

Najib berkata walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, beliau mengambil keputusan untuk memendekkan cutinya dan terus terbang ke Kota Baharu untuk melihat sendiri perkembangan situasi banjir.

"Setiap hari saya di sana saya terima laporan terkini tentang keadaan banjir...oleh kerana ia semakin serius saya buat keputusan balik ke tanah air secepat mungkin dan terus ke Kota Baru. Saya tak balik rumah lagi ni.

"Dan (saya) buat lawatan segera untuk menunjukkan bahawa kerajaan amat komited untuk terus membantu mangsa banjir," katanya.

Banjir di Kelantan kini semakin meruncing apabila puluhan ribu penduduk mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan sementara. - mStar online