Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts

9 Ditemui Maut, Termasuk 2 Kanak-Kanak Di Kanada



SALAH seorang mangsa pembunuhan dibawa ke luar dari sebuah rumah di Edmonton, hari ini. - Foto AP


EDMONTON (Alberta) – Sembilan orang, termasuk tujuh dewasa dan dua kanak-kanak ditemui mati dalam tiga lokasi jenayah berasingan dengan apa yang disifatkan polis sebagai pembunuhan beramai-ramai terburuk di Edmonton hari ini.
Ketua Polis Edmonton, Rod Knecht dalam sidang medianya berkata, pembunuhan itu ekoran daripada keganasan domestik.

Mangsa terdiri daripada seorang wanita yang dijumpai mati malam tadi oleh pegawai polis selepas mendapat maklumat bunyi tembakan di sebuah rumah di selatan Edmonton. – AP

RM47,000 Elak Isteri Tuntut Cerai Di Arab Saudi





Jazan (Arab Saudi) – Seorang bapa terkejut apabila seorang lelaki yang melamar anaknya menetapkan syarat yang dianggapnya memalukan – anaknya mesti membayarnya SR500,000 (RM47,000) jika mengambil keputusan untuk bercerai.
Si bapa bertambah terkejut apabila anaknya bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan.

“Si anak bersetuju dengan tuntutan itu selepas lelaki berkenaan menerangkan syaratnya,” lapor akhbar Al Watan.

Lelaki itu berkata, dia menetapkan syarat berkenaan selepas tiga perkahwinannya gagal kerana ketiga-tiga isterinya menuntut diceraikan.

“Dia menetapkan syarat berkenaan bagi memastikan isteri barunya itu tidak meminta cerai,” lapor akhbar berkenaan. – Agensi

Inilah Jadinya Apabila Orang Zimbabwe Berpestakan Daging Gajah


Foto-foto di bawah ini adalah hasil karya David Chencellor dari UK. Foto-foto tersebut melihatkan seekor gajah tersungkur tak berdaya di luar bandar di Zimbabwe. Tak lama kemudian penduduk kampung di sekitar beramai-ramai datang mengurumuni gajah yang tak berdaya itu, lalu memotong-motong dagingnya untuk di jadikan santapan mereka.



Salah satu daripada foto kejadian tersebut, telah memenangi juara ke 3 "Foto Kewartawanan Dunia" (World Press Photo) kategori "Manusia Dalam Berita" (People in the News) jenis Cerita (Stories).

























Stadium Piala Dunia Brazil Diancam Jadi Projek ‘Gajah Putih’





SAO PAULO (BRAZIL) – Lima bulan selepas Piala Dunia 2014 Brazil melabuhkan tirai, purata kehadiran penonton di stadium baharu yang dibina atau dibaik pulih untuk kejohanan berprestij itu menunjukkan peningkatan.
Begitupun, menurut pakar dan kajian yang dibuat, wujud kebimbangan di mana stadium yang dibina di bandar yang tidak memiliki tradisi bola sepak dan kelab besar mampu menjadi projek yang gagal atau ‘gajah putih’.

Secara purata, kehadiran dalam semua perlawanan di kesemua 12 stadium adalah 18,300 penonton, lebih daripada 16,562 penonton yang direkodkan dalam Serie A Brazil sebelum ini, menurut statistik yang dikumpulkan akhbar Folha de S.Paulo and Lance!

Malah, kehadiran bagi perlawanan divisyen pertama di stadium yang baru adalah dua kali ganda berbanding stadium lama namun hanya tiga daripada venue baru iaitu di Sao Paulo, Belo Horizonte dan Manaus yang dianggap secara konsisten mencapai separuh daripada kapasitinya.

Di kawasan yang tidak memiliki tradisi bola sepak pula, kehadiran penonton boleh mencecah 354 penonton dan keadaan di Salvador, Recife dan Natal pula menyaksikan setiap perlawanan kebiasaannya disaksikan kurang daripada 10,000 penonton.

“Kami amat pasti beberapa stadium ini akan menjadi projek gajah putih,” kata ketua firma pemasaran sukan, Pluri, Fernando Ferreira, yang bertindak mengawasi perbelanjaan bola sepak di Brazil.


“Jumlah orang yang pergi menyaksikan perlawanan meningkat, ia tidak dinafikan. Persoalan besar adalah mengenai masa depan. Adakah mereka mampu menjana wang yang cukup untuk menampung perbelanjaan mereka? Semua petunjuk memberikan jawapan ‘tidak;,” katanya.

Brazil membina atau membaik pulih 12 stadium yang memakan kos 3.17 billion dolar (RM11.09 billion), lebih 50 peratus daripada perbelanjaan yang pada awalnya dirancang.

Purata kehadiran penonton ketika Piala Dunia ialah 53,592, rekod kedua terbanyak dalam sejarah penganjurannya dan sejak itu, kelab seperti Cruzeiro dan Corinthians mendapat peratusan kehadiran penonton melebihi 30,000, sekalipun mereka mengenakan harga tiket yang tinggi.

Kehadiran penonton di Manaus juga tinggi dengan secara purata mencatatkan 27,759 kehadiran dan sekalipun tiada pasukan besar bermain di bandar itu, pasukan seperti Botafogo, Flamengo dan Vasco da Gama yang memindahkan laman mereka ke Arena Amazonian cukup membantu. – Reuters

6 Maut, 8 Cedera Dirempuh Lori Sampah Hilang Kawalan





GLASGOW: Seramai enam maut manakala lapan lagi cedera selepas sebuah lori sampah hilang kawalan di kawasan pusat membeli belah yang sesak sempena Hari Natal di sini.
Menurut Daily Mail Online, dalam kejadian itu, lori sampah tersebut dilapor hilang kawalan sejauh hampir 300 meter sebelum merempuh dinding sebuah hotel.










Kawasan kejadian yang telah ditutup untuk siasatan.



Ketika lori itu gagal dikawal pemandu, ia dipercayai telah merempuh orang ramai termasuk kanak-kanak dan bayi yang berada di dalam buggy.
Polis berkata, pihaknya masih menyiasat punca kemalangan ngeri yang berlaku diambang Hari Natal, tetapi menolak kemungkinan serangan pengganas.

Malah pihak berkuasa juga setakat ini belum mendedahkan identiti pemandu lori berkenaan yang dilapor terkena serangan jantung ketika kejadian.

Ibu ditahan kes bunuh lapan kanak-kanak






SYDNEY – Polis Australia semalam menyatakan, pihaknya menangkap ibu kepada tujuh daripada lapan kanak-kanak yang mati ditikam di bandar Cairns, utara Australia, selepas beberapa upacara ber­kabung diadakan bagi memperingati tragedi itu.
Pihak berkuasa belum mengesahkan punca kematian mereka dengan mangsa paling muda merupakan anak kecil dan yang paling tua berusia remaja. Polis bagaimanapun berkata, beberapa bilah pisau ditemui di rumah di mana mayat mangsa dijumpai pagi kelmarin.

“Seorang wanita berusia 37 tahun yang juga ibu kepada beberapa kanak-kanak tersebut ditangkap kerana membunuh dan kini ditahan di bawah pengawasan polis di Hospital Cairns Base,” kata pegawai polis, Inspektor Bruno Asnicar.

Polis mengesahkan, mereka yang terbunuh sebagai empat kanak-kanak perempuan ma­sing-masing berumur dua, 11, 12 dan 14 tahun serta empat lelaki berusia lima, enam, lapan dan sembilan tahun.

Namun, menurut polis, pihaknya tidak mendedahkan nama keluarga berkenaan ke­rana faktor sensitiviti budaya.

Budaya sebahagian ma­sya­ra­kat pribumi Australia me­larang menyebut nama orang yang telah mati.

Wanita yang ditangkap ialah ibu tujuh kanak-kanak ter­sebut dan ibu saudara ke­pada remaja perempuan berusia 14 tahun itu, kata polis. Dia tidak didakwa tetapi Polis Queensland mengesahkan dia ditangkap bagi membantu siasatan.

Pembunuhan ngeri di Cairns meng­gemparkan rakyat Australia yang masih bersedih dengan drama tebusan di sebuah kafe di sini pada minggu ini yang menyebabkan dua tebusan dan penyerang terbunuh.

Dalam perkembangan ber­kaitan, semua mangsa yang mati ditemui oleh anak lelaki wanita itu yang berusia 20 tahun setibanya dia di rumah mereka di kejiranan Manoora, pinggir bandar Cairns pagi kelmarin. – AFP

Obama, Castro Umum Keajaiban Dalam Sejarah Hubungan AS-Cuba





WASHINGTON: Perang dingin dan sekatan ekonomi lima dekad antara Amerika Syarikat (AS) dan Cuba bakal bertemu pengakhiran apabila kedua-dua pemimpin tertinggi negara berkenaan mengisytihar untuk membina semula ikatan diplomatik.
Presiden AS, Barack Obama memberitahu bahawa Washington bersedia untuk mempertimbang semula hubungan perdagangan dan membuka kembali kedutaannya di Cuba sejak ia ditutup pada tahun 1961.

Hasrat tersebut dijawab Presiden Raul Castro di Havana, yang mengesahkan bahawa ‘mantan musuh’ itu mahu menyambung semula ikatan selepas lebih setengah kurun terputus.

"Keputusan Obama layak untuk disambut dengan penghormatan dan penerimaan daripada rakyat Cuba,” kata Castro sambil menekanklan bahawa sekatan perdagangan dengan AS perlu dihentikan.

Di Washington, Obama mengakui bahawa pengharaman perdagangan tersebut suatu kegagalan dan akan merujuk kepada Kongres bagi membincangkan untuk mengakhirinya, di samping memperbaiki pertalian diplomatik.

"Kita akan menghentikan pendekatan yang tidak relevan yang selama ini melumpuhkan usaha ke arah kebaikan.

“Kita akan mengembalikan hubungan natara dua negara ini dan melalui perubahan ini kita bercadang untuk mencipta lebih banyak peluang bagi rakyat AS dan Cuba seterusnya memulakan episod baharu,” kata Obama.

Perkembangan terbaru tersebut mula tercetus selepas Havana membebaskan agen Alan Gross dan seorang warga Cuba yang dipenjarakan selama 20 tahun atas jenayah pengintipan bagi pihak Washington.

AS pula sebagai tindak balas, membebaskan tiga perisik Cuba, malah Obama telah mengarahkan Jabatan Negara AS untuk menilai semula kedudukan Cuba sebagai negara penaja aktiviti keganasan. - Astro Awani

Murid Trauma Cerita Saat Rakan Sekelas Dibunuh Taliban





PESHAWAR: Seorang murid yang trauma masih mampu bercerita bagaimana rakan-rakan sekelasnya menangis sebelum dibunuh kejam oleh kumpulan militan Taliban dalam serangan ke atas sebuah sekolah milik tentera di sini.
Irfan Shah, 10, menceritakan detik hitam dalam hidupnya sambil menangis teresak-esak.

"Saya lihat seorang lelaki membawa senjata dan menembak. Saya meniarap untuk selamatkan diri, ketika itu peluru bertaburan.

"Tidak lama kemudian, saya lihat darah mula mengalir di lantai manakala rakan-rakan lain telah meninggal dunia dalam keadaan yang teruk," jelasnya.

Irfan Shah merupakan antara ratusan mangsa yang cedera manakala seramai 141 termasuk 132 murid maut dalam kekejaman itu.

Dalam kejadian ngeri itu, bukan sahaja murid ditembak mati tetapi terdapat guru yang dibakar hidup-hidup menggunakan petrol.

Difahamkan, ketika kejadian terdapat seorang lelaki yang memakai jaket kalis peluru telah meluru ke dalam sekolah yang dihuni murid berusia 5 hingga 16 tahun.

Dia kemudian melepaskan tembakan rambang untuk membunuh pelajar yang terdiri daripada anak-anak anggota tentera negera tersebut.

Bagaimanapun, ketibaan tentera yang yang melakukan serangan balas berjaya membunuh sembilan lelaki yang terdiri daripada ahli kumpulan militan Taliban.