Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts

Nota Terakhir Suami Buat Isteri Tersayang Sebelum Bunuh Diri



Nasi yang terakhir Yat tinggalkan buat isteri tersayang.

Awak sentiasa tahu Yat tak akan makan sebelum awak makan.

Terima kasih sudi menjadi isteri Yat yang IKHLAS..

Cuma awak dan awak hingga akhir.

Demi Allah, suamimu yang malang.

Yang terlalu rindukan EMAK !

Assalamualaikum…

Demikian antara kandungan nota ditinggalkan seorang lelaki yang ditemui mati tergantung di rumah kedai di Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor Bahru, jumaat.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditemui bersama kabel elektrik berjerut di lehernya pada jam 9 pagi oleh anak perempuan bongsunya yang berumur 8 tahun di dapur.

Menurut isteri mangsa yang berumur 38 tahun, dia terkejut apabila anak bongsu mengejutkannya daripada tidur dan memberitahu bapanya tergantung di dapur.

Memetik Harian Metro, pada malam sebelum kejadian, isterinya pulang ke rumah jam 2 pagi selepas selesai berniaga di bazar karat dan mendapati suaminya tiada di rumah tetapi dia pulang tidak lama kemudian.

Isteri mangsa, 38, berkata, sejak kebelakangan ini, suaminya sering merungut tentang masalah peribadi yang dihadapinya.

“Kadang kala dia turut menggunakan senjata tajam untuk mengugut mencederakan dirinya. Saya ada menegurnya agar jangan terlampau tertekan dengan masalah-masalahnya itu,” katanya.

Menurutnya lagi, berlaku pertengkaran antara dia dan mangsa pada awal pagi sebelum kejadian dan mangsa juga mengugut untuk mengelar lehernya sendiri menggunakan pisau.

“Saya cuba hubungi polis tetapi telefon bimbit saya dirampas oleh suami. Saya mahu keluar namun pintu rumah di bahagian depan dan belakang telah dikunci suami.

“Saya yang keletihan kerana berniaga dari lewat petang terus masuk tidur. Namun pagi ini saya dikejutkan dengan kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Rahmat Othman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

“Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikenal pasti. Siasatan awal juga tidak menemui sebarang kecederaan fizikal kecuali di leher akibat tergantung,” katanya. – MYNEWSHUB

Pocong Tunjukkkan Kepala Dan Bergolek Di Teluk Intan





Pocong Tunjukkkan Kepala Dan Bergolek Di Teluk Intan | Penduduk Kampung Tersusun Balun Bidai di Teluk Intan, Perak tidak berani lagi untuk keluar rumah pada waktu malam selepas beberapa penduduk kampung mendakwa telah terserempak dengan pocong yang melompat-lompat atau bergolek pada larut malam.



Seorang penduduk berumur 22 tahun memberitahu akhbar itu, dia terserempak dengan pocong ketika mahu ke tandas di belakang kedai pada pukul 2.30 pagi pada suatu hari.



“Pocong itu turut mengeluarkan kepala dan matanya yang kemerahan, ia memang menakutkan.



Pada masa itu terdapat beberapa pelanggan dalam kedai, saya segera menutup kedai dan meninggalkan kedai bersama dengan mereka,” katanya.



Seorang lagi penduduk berumur 25 tahun memberitahu bahawa dirinya terserempak dengan pocong ketika menunggang motosikal secara berseorangan pada kira-kira pukul 9 malam.



“Pocong tersebut melompat ke arah saya dan saya pula memecut meninggalkan tempat itu,” katanya.



Namun, ketua kampung enggan mengesahkan mengenai kejadian pocong bergolek yang menjadi perbualan hangat penduduk kampung tetapi satu pasukan rondaan telah ditubuhkan bagi menenteramkan penduduk kampung.

Jom Lihat Gambar-Gambar Hantu Yang Terakam Dalam Kamera


Gambar-Gambar Hantu Yang Terakam Dalam Kamera




















































Misteri Puisi Dari Jepun Yang Mengundang Kematian


Terdapat sebuah kisah seram dari Jepun. Tentang sebuah puisi berjudultajuk 'Tomino no Jigoku' atau Neraka Tomino, sebuah karangan puisi yang sangat mengerikan dan membuat bulu tengkuk berdiri ketika membacanya. Sebuah peringatan mengatakan jangan membaca dengan suara yang lantang, cukup di dalam hati. Atau anda akan matia dengan mengjemput.



Kisah menyeramkan puisi Tomino berkembang di kalangan masyarakat Jepun dan menjadi salah satu legenda. Ada sebuah cerita yang membuat kita semakin merasa seram di sebalik asal-usul puisi ini.



Tomino adalah seorang gadis kecil yang dilahirkan cacat, ia menulis puisi yang kemudian ditunjukkan kepada orang tuanya. ketika melihat isi puisi Tomino yang menyeramkan, orang tuanya menghukum Tomino dengan mengurungnya dalam gudang sempit dan tidak pernah memberinya makan. Beberapa hari kemudian, Tominopun di temui meninggal dengan dengan cara yang aneh.



Konon, semenjak peristiwa itu, puisi Tomino jadi menyeramkan. Cerita dari mulut ke mulut berkembang dan memberi amaran, jangan membaca dengan suara lantang kerana akan mengundang bencana dan kematian.



Kemungkinan cerita yang berkembang di atas hanya kisah dongeng. Puisi berjudul 'Neraka Tomino' sebenarnya dimuatkan dalam buku kompilasi puisi Yomota Inuhiko "The Heart is Like a Rolling Stone" (心 は 転 が る 石 の よ う に). Di dalamnya memuat berbagai koleksi puisi, termasuk puisi "Tomino no Jigoku" karya Saizo Yaso dari tahun 1919. Entah bagaimana sehingga puisi tersebut berkembang menjadi legenda yang sangat menyeramkan. Bawah: karangan dari puisi Tomino:


Tomino no Jigoku



ane wa chi wo haku, imoto wa hihaku,

kawaii tomino wa tama wo haku

hitori jihoku ni ochiyuku tomino,

jigoku kurayami hana mo naki.

muchi de tataku wa tomino no aneka,

muchi no shubusa ga ki ni kakaru.

tatake yatataki yare tataka zutotemo,

mugen jigoku wa hitotsu michi.

kurai jigoku e anai wo tanomu,

kane no hitsu ni, uguisu ni.

kawa no fukuro ni yaikura hodoireyo,

mugen jigoku no tabishitaku.

haru ga kitesoru hayashi ni tani ni,

kurai jigoku tanina namagari.

kagoni yauguisu, kuruma ni yahitsuji,

kawaii tomino no me niya namida.

nakeyo, uguisu, hayashi no ame ni

imouto koishi to koe ga giri.

nakeba kodama ga jigoku ni hibiki,

kitsunebotan no hana ga saku.

jigoku nanayama nanatani meguru,

kawaii tomino no hitoritabi.

jigoku gozarabamo de kitetamore,

hari no oyama no tomebari wo.

akai tomehari date niwa sasanu,

kawaii tomino no mejirushini.



neraka Tomino



Kakak yang muntah darah, adik yang meludah api

Tomino yang lucu meludah permata yang berharga

Tomino meninggal sendirian dan terjatuh ke dalam neraka

Neraka kegelapan, tanpa dihiasi bunga

Apakah itu kakak Tomino memegang cambuk?

Jumlah bekas luka berwarna merah sangatlah membimbangkan

Disebat dan dipukul sangatlah mendebarkan,

Jalan menuju neraka yang kekal hanyalah salah satu cara

Mohon bimbingan ke dalam neraka kegelapan,

Dari kambing emas, dan dari burung bulbul

Berapa banyak yang tersisa dari dalam bungkusan kulit,

Disiapkan untuk perjalanan tak berkesudahan menuju neraka

Musim semi akan segera datang ke dalam hutan serta lembah,

Tujuh tingkat di dalam gelapnya lembah neraka

Dalam sangkar burung bulbul, dalam kereta sorong domba,

Di Mata Tomino Yang Lucu Menitiskan airmata

tangisan burung bulbul, di sebalik hujan dan badai

Menyuarakan cintamu untuk adik tersayangmu

Gema tangisanmu melolong melalui neraka,

serta darah memekarkan bunga merah

Melalui tujuh gunung dan lembah neraka,

Tomino yang lucu berjalan sendirian

Untuk menjemputmu ke neraka,

Duri-duri berkilauan dari atas gunung

menancapkan duri ke dalam daging yang segar,

Sebagai tanda untuk Tomino yang lucu



Itulah puisi Tomino yang mengundang kematian, dalam syairnya memang mempunyai kata-kata yang sangat seram untuk di baca dan puisi ini juga adalah salah satu benda menyeramkan.