Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts
Home » Posts filed under Pelik
Lelaki Kerdil Jadi Bintang Bola Keranjang
NEW YORK – Seorang lelaki kerdil menerima pujian daripada peminat sukan bola keranjang kerana memiliki kemahiran yang tinggi dan mampu bersaing dengan lawan yang dua kali ganda lebih tinggi.
Lelaki tersebut, Jahmani Swanson, 29, yang memiliki ketinggian 1.34 meter juga dianggap setanding pemain legenda bola keranjang, Michael Jordan selepas berjaya membantu pasukannya memenangi pelbagai kejohanan.
Swanson kini bintang utama pasukan New York Towers yang beraksi dalam liga bola keranjang orang kerdil di Amerika Syarikat.
Sejak beraksi dalam pasukan tersebut, Swanson sering membuat penonton terpegun dengan kemahirannya di atas gelanggang dan kemampuannya menjaringkan gol.
“Ramai peminat percaya saya boleh menjadi pemain bola keranjang terkenal dunia jika saya memiliki tubuh badan yang tinggi.
“Bagaimanapun, saya tidak pernah berasa sedih dilahirkan sebegini kerana percaya saya dianugerahkan bakat yang luar biasa ini.
“Saya sentiasa bersemangat untuk memajukan diri dan terasa teruja apabila berdepan lawan yang lebih tinggi dari saya,” katanya. – Agensi
Pelakon Filem Lucah Wanita Ini Anggap Dirinya Malaikat
Vienna: Mencari nafkah dengan berlakon filem lucah, seorang wanita mendakwa dirinya boleh dianggap sebagai ‘malaikat’ jika dibandingkan dengan pelaku dosa lain.
Hanya dikenali sebagai Babsi, wanita itu berkata, dia tidak berasa berdosa kerana menjadikan gereja di Hoersching sebagai latar tempat lakonan lucahnya.
“Jika anda apa yang orang lain lakukan, anda akan sedar saya ini seorang malaikat,” katanya ketika menjawab soalan pendakwa, Alfred Schaumueller, di mahkamah semalam.
Babsi, 29, ditangkap selepas aksi lucahnya di sebuah gereja tersebar.
Walaupun wajah pelakon filem itu tidak kelihatan dan polis merayu orang ramai supaya menyalurkan maklumat bagi menangkap dalang di sebalik pembikinan filem berkenaan.
Paderi tempatan
Babsi - yang dilahirkan di Poland - akhirnya dikenal pasti melalui tanda pada payudaranya.
Hakim kemudian menjatuhi hukuman penjara tiga bulan ke atas Babsi, namun membenarkan pelaksanaannya ditangguhkan.
Dia juga didenda kira-kira RM23,200 - atau separuh daripada pendapatan yang diperolehnya daripada jualan video berkenaan.
SUBHANALLAH!!!! Gadis Menangis Keluar Air Mata Batu
YAMAN – Kita biasa mendengar pepatah menangis air mata darah, menandakan kekesalan terhadap perkara yang berlaku. Tetapi kini ada perumpamaan baru iaitu menangis air mata batu.
Ia bukan satu pepatah sebaliknya benar-benar berlaku kepada seorang budak berusia 12 tahun , Saadiya Saleh yang menetap di sebuah kampung di sini.
Setiap kali dia menangis, maka matanya akan mengeluarkan ketulan batu kecil.
Batu-batu itu akan gugur dari matanya, seperti air mata.
Keadaan ini mengejutkan banyak pihak, malah pasukan perubatan sendiri pening kepala memikirkan perkara ini kerana remaja itu tidak menghidap sebarang penyakit.
Bagaimanapun penduduk kampung ada pendapat sendiri, mereka percaya Saadiya telah dikenakan sihir.
Ia menyebabkan seluruh penduduk kampung menjadi panik.
Ada yang bimbang Saadiya menjadi mangsa individu yang menyihirnya dan ada pula yang khuatir ia merupakan permulaan kepada wabak penyakit yang merbahaya.
Sumber:
Fenomena Matahari Di Tengah Malam Di Finland
Lapland adalah sebuah wilayah di Finland yang mempunyai keluasan wilayah 98.946 km² dan penduduk seramai 187.777 orang pada tahun 2002. Ibu kotanya ialah Rovaniemi.
Wilayah ini mempunyai fenomena unik yang indah dipandang, iaitu matahari di tengah malam. Kerana lokasinya yang berada di lingkaran kutub, selama 24 jam dalam dua bulan setiap tahun wilayah ini disinari matahari sepanjang hari tanpa henti. Fenomena ini dipanggil midnight sun atau matahari tengah malam.
Fenomena ini berlaku setiap bulan Jun dan Julai. Pelancong yang melawat Lapland dapat melihat cahaya unik dari matahari pada tengah malam, yang tidak memberi batas antara siang dan malam di sini.
Perkara ini membolehkan pelancong untuk mendaki gunung Lapland di malam hari atau bahkan bermain golf selama 24 jam.
Salah satu tempat kegemaran pelancong untuk pelancongan golf di Lapland adalah Bjorkliden GC, padang golf yang terletak paling utara wilayah ini. Letaknya bersempadan dengan pergunungan sempadan Sweden dan Finland serta Tasik Tornestrask.
Selain bermain golf tengah malam, aktiviti pelancongan lain yang digemari di Lapland adalah bermain ski di Riskgransen, yang merupakan resort ski paling utara di Eropah.
Tidak seperti resort ski lain di Eropah, Riksgransen tidak mempunyai suhu sejuk, sehingga para pencinta ski tidak perlu takut kesejukan.
Perkara ini disebabkan fenomena matahari tengah malam tadi, yang membuat matahari tetap bersinar sehingga membuat wilayah ini tetap hangat, pada yang sama masih mempunyai salji untuk para pemain ski. Lapland juga merupakan rumah bagi hotel ais pertama dan terbesar di dunia.


































