Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

jawab setiap persoalan rakyat mengenai GST-NAJIB



Najib jumpa dengan pegawai-pegawai Kastam

KUALA LUMPUR 30 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kompleks JKDM di sini bagi meninjau persiapan akhir jabatan itu menjelang pelaksa­naan cukai barangan dan perkhid­matan (GST) Rabu ini.

Beliau yang hadir sempena program walkabout turut melancarkan buku bertajuk Soalan Yang Selalu Ditanya Mengenai GST (FAQ GST) dan Pusat Akses Pembayar Cukai GST (TAP GST) yang akan dimuat naik di laman www.gst.custom.my untuk kemudahan orang ramai selepas ini.

Yang turut mengiringi beliau adalah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Kewa­ngan, Datuk Ahmad Maslan.

Sementara itu, Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, dalam pertemuan itu, Perdana Menteri mengingatkan setiap kakitangan JKDM supaya bekerja dengan penuh profesio­nal dan melakukan yang terbaik untuk menjawab setiap persoalan yang timbul mengenai GST.

“Amanat beliau adalah supaya pegawai bekerja dengan profesional dalam menjawab pertanyaan oleh rakyat, memberi nasihat dan buat kerja yang boleh membantu sektor perniagaan terutamanya dalam mengendalikan urusan perniagaan mereka.

“Jadi, apabila Perdana Menteri datang, ini membangkitkan semangat pegawai-pegawai kita untuk bekerja lebih gigih lagi terutamanya dalam memastikan pelaksanaan GST berjalan lancar,” katanya dalam sidang akhbar selepas pertemuan itu.

Menurut Khazali, JKDM turut melancarkan video multimedia mengenai cara-cara mengemukakan penyata dan bayaran GST yang dapat membantu peniaga apabila tiba tempoh percukaian kelak.

“Video ini membantu mereka yang perlu mengemukakan penyata bermula 1 Mei depan dan panduan bagaimana me­nuntut kembali cukai kredit input yang telah disediakan daripada JKDM,” katanya.

Khazali berkata, meskipun JKDM telah bersedia sepenuh­nya dalam melaksanakan GST, pihaknya tetap melakukan beberapa penambahbaikan di pejabat-pejabat jabatan itu untuk memastikan segala pertanyaan orang ramai dapat dijawab.

Jelasnya, di Kompleks JKDM, 10 lagi pusat bantuan operator dibuka yang akan beroperasi bermula pukul 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari manakala di pejabat JKDM setiap negeri, sekurang-kurangnya satu khidmat bantuan operator baharu ditambah.

Dalam pada itu tambahnya, proses pengambilan sebanyak 1,600 kakitangan JKDM baharu yang telah diluluskan kerajaan masih diteruskan dengan seba­nyak 800 daripadanya akan diambil dalam tempoh tiga bulan akan datang- utusan.com.my

Dewan Rakyat: Usul Hadkan Kuasa KPN Ditolak






KUALA LUMPUR: Hasrat pembangkang untuk menghalang tugas polis menjalankan siasatan berhubung perhimpunan haram #KitaLawan tidak kesampaian apabila Dewan Rakyat menolak usul supaya kuasa Ketua Polis Negara dihadkan.
Menggunakan alasan bahawa kuasa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tertakluk kepada perintah Parlimen, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) mahu wakil rakyat pembangkang dibenarkan hadir persidangan Dewan Rakyat walaupun disiasat pihak berkuasa.

“Saya ingin memohon supaya majlis mesyuarat ini mengarahkan Ketua Polis Negara supaya jangan menahan lebih lama daripada tempoh yang munasabah.

“Kami tidak melarang sebarang tangkapan ikut undang-undang, tapi janganlah apabila didakwa kerana berhimpun tanpa permit, ia dijadikan alasan seolah-olah satu jenayah yang serius, macam membunuh atau melakukan rasuah,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Guan Eng sebelum itu membangkitkan usul yang diluluskan Dewan Rakyat memerintahkan Ketua Polis Negara supaya menjaga jalan-jalan dan lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik selama penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang bersidang.

Bagaimanapun usul Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu ditolak Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee kerana alasan yang diberikan adalah diluar konteks.

“Perkara yang dibawa adalah isu berkaitan kuasa polis, tiada kaitan dengan usul supaya tidak halang Ahli Parlimen hadir persidangan,” kata timbalan speaker.

Keputusan itu bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil rakyat pembangkang hingga menimbulkan kekecohan yang berlarutan sehingga hampir 15 minit.

Turut menyuarakan bantahan dan mencetuskan kekecohan mengenai tindakan polis berhubung perhimpunan #KitaLawan ialah Khalid Samad (PAS-Shah Alam).

“Tak payah hantar polis bersenjata. Kami ni Ahli Parlimen kalau telefon dah cukup, kami akan datang bagi kerjasama,” katanya.

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ditahan pada awal pagi Ahad di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan pada Sabtu lalu.

Turut ditahan dan direman berhubung perhimpunan yang sama ialah Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli. - mStar Online

Akhirnya Majlis Raja-Raja Tolak Enakmen Hudud Di Kelantan.


Ketua agama Islam dah tolak. Beriman kah atau tak beriman kah mereka? Berani kah mereka nak menuduh dan mempertikaikan iman raja-raja sepertimana yang dilemparkan ke atas rakyat biasa yang mempersoalkan pelaksanaan hudud (bukan hudud itu sendiri)? Mesti takan punya. 

Haha.

Baca ;

Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud, menurut sumber.

Cadangan pindaan itu ditolak pada mesyuarat mereka 11 Mac lalu, yang dikatakan dihadiri semua Raja-raja Melayu atau wakil mereka.

Penolakan itu bermakna wakil kerajaan pusat tidak boleh lagi membawa usul meminda akta itu di Parlimen, sebagaimana rancangan asal Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) yang dibentuk antara Putrajaya dan kerajaan Kelantan.

Menurut "roadmap" JTH, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan) 2015 atau EJSII, Majlis Raja-raja pula akan bersidang membincangkannya.

DUN Kelantan sebulat suara meluluskannya pada 19 Mac selepas dibentangkan pada 18 Mac dan dibahaskan 4 ahli DUN (Adun) yang menyokong.

Jika ia diluluskan pula mesyuarat majlis itu, JTH akan membawanya ke Kabinet sebelum seorang menteri membentangkan usul di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355.

Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini tidak boleh membentangkan rang undang-undang di Parlimen bagi meminda akta itu yang ketika ini mengehadkan hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah.

Seorang anggota JTH mewakili kerajaan Kelantan berkata persetujuan dicapai dalam jawatankuasa itu yang seorang menteri kerajaan pusat akan membentangkan usul pindaan Akta 355 itu di Dewan Rakyat Jun ini.

"Berdasarkan roadmap yang ada, pada Disember 2014 (kemudian ditunda ke Mac 2015 kerana banjir), Enakmen Jenayah Syariah II itu akan dibentangkan di DUN Kelantan.

"Pada 11 Mac, cadangan pindaan kepada Akta 355 itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Raja-raja sebelum ia dibawa ke Kabinet. Jun nanti, seorang menteri akan membentangkan pindaan Akta 355 itu," kata sumber itu.

Dipercayai ekoran keputusan Majlis Raja-raja itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah membentangkan sendiri usul meminda Akta 355 itu melalui satu rang undang-undang persendirian, dan bukannya dibentangkan oleh menteri.

Hadi menghantar notis ke Parlimen memohon kebenaran membentangkannya pada 18 Mac.

Akta 355 menetapkan mahkamah syariah hanya boleh mengenakan denda maksimum RM5,000, penjara tidak lebih tiga tahun dan maksimum enam kali sebatan bagi kesalahan termasuk zina, tuduhan zina tanpa empat saksi (qazaf) dan juga minum arak.

Dengan pindaan Akta 355, sebahagian hukum hudud yang termasuk dalam Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan boleh dilaksanakan, seperti kesalahan zina dengan hukuman 100 sebatan, qazaf 80 sebatan dan minum arak 80 sebatan (lihat grafik di bawah).

Sekiranya dibentangkan di Parlimen, rang undang-undang persendirian Hadi hanya memerlukan sokongan majoriti mudah atau 112 daripada 222 ahli Parlimen, sekiranya semua mereka hadir, bagi membolehkan ia diluluskan.

Sekiranya kehadiran tidak penuh, rang undang-undang itu masih boleh diluluskan dengan lebih suara bersetuju apabila ia dibuka untuk undian kepada ahli Parlimen yang hadir.

Persoalannya sekarang ialah sama ada rang undang-undang persendirian Hadi akan berjaya dibentang, kerana kebiasaannya urusan kerajaan diberi keutamaan dalam agenda Dewan Rakyat.

Menteri bertanggungjawab hal ehwal undang-undang, Nancy Shukri berkata, ia mungkin tidak sempat dibentangkan semasa sidang sekarang yang akan berakhir 9 April.

Terdapat 136 ahli Parlimen beragama Islam, tetapi semua 15 ahli Parlimen PKR dan 2 ahli Parlimen DAP beragama Islam tidak mungkin akan menyokong rang undang-undang itu, berdasarkan pendirian yang diambil parti masing-masing.

Barisan Nasional (BN) setakat ini masih belum menyatakan pendirian rasmi sama ada menyokong atau menolak rang undang-undang hudud PAS itu, sementara Pengerusi Kelab Penyokong BN, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyatakan ahli Parlimen BN akan mengundi berteraskan suara hati mereka kerana isu itu melibatkan soal akidah.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata bukan masanya melaksanakan hudud, sementara 7 ahli Parlimen PAS yang setia dengan PasMa - kumpulan pro-PR di dalam PAS - mungkin menolak rang undang-undang itu.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz menjadi menteri pertama Umno menolak cubaan melaksanakan hudud di Malaysia, mengatakan cakap-cakap mengenainya adalah bodoh kerana ia pasti tidak dapat dilakukan secara sah mengikut undang-undang.

Terdapat juga satu lagi pandangan yang, selain Akta 355, Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan juga perlu dipinda bagi memberi kuasa kepada Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu sepenuhnya.

Peruntukan perlembagaan itu menyentuh kuasa perundangan persekutuan menggubal undang-undang dan kuasa yang diberi kepada perundangan negeri menggubal undang-undang berdasarkan had yang dikenakan Parlimen.

Ia termasuk kuasa menggubal undang-undang berhubung hukuman untuk kesalahan jenayah, yang menurut perlembagaan berada di bawah bidang kuasa persekutuan.

PAS, dalam mempertahankan enakmen hududnya, berkata ia akan terpakai untuk semua orang Islam, termasuk kerabat diraja, menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat. – TMI.

Matador Wanita Terselamat Ditanduk 2 Kali





Mexico City – Seorang matador wanita terselamat walaupun ditanduk dua kali oleh lembu jantan sama yang cuba dibunuhnya di gelanggang laga lembu di sini, kelmarin.
Lembu jantan seberat 495 kilogram, Gamusino, menanduk Karla de los Angeles hingga dia melambung di Plaza de Toros de Mexico.

Karla dirawat pasukan perubatan sebelum masuk semula ke gelanggang apabila dia sekali lagi ditanduk oleh Gamusino.

Menurut laporan, matador terbabit mengalami luka sedalam 11.9 sentimeter dan 9.9 sentimeter pada paha dan pinggulnya dalam pertarungan berkenaan.

Dua pembantu Karla dan seorang petani juga dirodok selepas lembu berkenaan melompat keluar dari gelanggang.

Seorang daripada mereka dikatakan cedera teruk.

Kira-kira 5,000 penonton menyaksikan perlawanan itu.

Bercakap kepada wartawan, Karla berkata: “Saya kecewa kerana tidak dapat memotong telinganya dan membunuh lembu kedua.”

Buat kali pertama, acara tahunan laga lembu selama 10 hari itu membenarkan penyertaan tiga matador wanita tempatan. – Agensi

Seorang Individu Terlibat Sebar Berita Palsu Banjir Sudah Ditahan - KPN





SUBANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah menahan seorang individu yang terbabit menyebar berita palsu mengenai bencana banjir.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tangkapan dibuat di Kuala Lumpur, dua hari lalu namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

"Kita bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan siasatan masih dijalankan.

"Individu yang menyebar ini ramai, lebih dari empat orang. Kita sedang kesan mereka ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan banjir di Redland Aviation Service Sdn Bhd, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang di sini, sebentar tadi. - BH Online

Banjir Kelantan: 9 Maut Dan Empat Dilaporkan Masih Hilang





KOTA BHARU: Banjir buruk yang melanda Negeri Kelantan setakat ini telah mengorbankan 9 nyawa dan 4 lagi dilaporkan masih hilang sejak 17 Disember lalu dimana Kelantan mula dinaiki air.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata 3 kematian telah dicatatkan di Kota Bharu, 4 di Pasir Mas dan 2 di Tumpat manakala kes kehilangan pula 3 di Kuala Krai dan satu dilaporkan di Pasir Mas.


"Kesemua mangsa yang terlibat berumur 1 tahun hingga ke 60 tahun dan kami masih mencari mereka yang hilang sehingga sekarang." katanya.

Selain itu pihak polis juga telah menubuhkan pasukan rodaan bagi membendung kes jenayah pada musim banjir yang diketuai oeh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Lai Yong Heng.-Siakapkeli.com.my

Jom Lihat Cara Kreatif Pelarian Yang Cuba Menyemberangi Sempadan


Sejak tahun 1959 revolusi Cuba yang meletakkan Fidel Castro sebagai orang yang paling berkuasa, lebih daripada satu juta rakyat Cuba telah melarikan diri ke negara pelbagai seperti Amerika Syarikat, Itali, Mexico, Kanada, dan Sweden.



Oleh kerana sekatan pada tahun 1960, Amerika telah dilihat sebagai simbol harapan untuk rakyat Cuba. Ramai yang rakyat Cuba melarikan diri dari negara asal mereka untuk mendapatkan kehidupan wajar dan kemakmuran.



Malangnya, perjalanan untuk masuk secara halal adalah terhad dengan sekatan, jadi ramai yang beralih kepada kaedah bukan konvensional untuk sampai ke negera-negara luar. Hanya 90 batu air yang memisahkan Cuba dan Florida, dan mereka menggunakan pelbagai kaedah untuk menyemberangi sempadan, walau pun dengan rakit sekalipun.






















Pengasas Mahasiswa GANYANG:Perisytiharan Darurat Dan Insurans






Darurat bawah Perlembagaan Persekutuan
Darurat bawah Perlembagaan Persekutuan hanya boleh diiisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Rujuk Perkara 150. Contohnya ialah Darurat Mei 1969, Darurat komunis 1948, Darurat Sarawak 1966 (pergelutan kuasa kerajaan negeri dengan persekutuan) dan Darurat Kelantan 1977 (pergelutan kuasa pentadbir negeri dengan persekutuan).

Kesannya?

1. Pucuk pimpinan negara akan diambil alih tentera.

2. Apa-apa saja undang-undang boleh diluluskan, meskipun melanggar Perlembagaan Persekutuan.

3. Pilihan raya boleh ditangguh.

Antara contoh undang-undang yang diluluskan semasa darurat adalah Emergency Ordinance 1969, yang membolehkan kerajaan membuat penahanan tanpa bicara.

Tempoh darurat tidak terhad. Darurat Sarawak 1966, darurat Mei 1969 dan darurat Kelantan 1977 hanya diangkat pada 2011. Dalam erti kata lain, perintah-perintah tersebut bertahan selama berpuluh tahun!

Darurat Sarawak 1966 (45 tahun), darurat Mei 1969 (42 tahun), darurat Kelantan 1977 (34 tahun).

Susulan pengumuman pembatalan darurat tersebut oleh perdana menteri, Emergency Ordinance secara automatik dimansuhkan.

Darurat bencana

Darurat bencana berbeza daripada darurat yang dijelaskan di atas. Darurat bencana dibuat secara pentadbiran dan eksekutif bawah Perkara 25 Arahan No. 20 Dasar & Mekanisme Pengurusan Bencana Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN). Selain itu, perdana menteri sebagai ketua kerajaan, boleh membuat pengumuman darurat bencana (selepas menerima nasihat).

Contoh, jerebu Sarawak 1997, jerebu Pelabuhan Klang 2005 (API lebih 500) dan jerebu Muar dan Ledang 2013 (API lebih 750).

Kesannya?

1. Penggelembengan dan kerahan bantuan akan diambil alih oleh kerajaan persekutuan dan agensi-agensi atau kementeriannya.

2. Pembiayaan pengurusan, pemulihan dan sebagainya akan ditanggung oleh kerajaan persekutuan.

3. Kesemua aset dan jentera kerajaan seperti tentera, Rela, dana, bot, kenderaan dan sebagainya akan dikerahkan.

Mengapa kerajaan persekutuan enggan mengisytiharkan darurat?

Pada hikmah saya, terdapat beberapa alasan pokok iaitu persepsi umum dan kos.

Dalam politik, persepsi umum penting untuk membolehkan rakyat terus menaruh keyakinan dan kepercayaan pada kerajaan. Ayat-ayat seperti "semua dalam kawalan" atau "it is under control" merupakan jawapan dan respons yang lazim diberi oleh kerajaan.

Contohnya, hutang 1MDB, hutang negara, kebocoran soalan UPSR, dan kini banjir pantai timur, bukankah semua ini dikatakan 'dalam kawalan'? Tetapi adakah ia benar-benar 'under control', terpulang kepada anda untuk menilai.

Perisytiharan darurat bukan saja menjejaskan kepercayaan orang awam, malah keyakinan pelabur asing juga akan terjejas. Sebagai contoh, saham AirAsia menjunam hampir 8% gara-gara misteri QZ8501.

Selain itu, kos pembiayaan pengendalian musibah ini akan menambahkan beban kerajaan persekutuan. Semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di luar negara, RM50 juta peruntukkan diluluskan dengan segera. Setibanya di tanah air pula, tambahan RM500 juta diluluskan. Jumlah sekarang sekurang-kurangnya RM550 juta.

Ada yang tanya saya, tidakkah ini RM550 juta ini cukup untuk mangsa? Tidakkah ia menambah beban kerajaan pusat?

Apa yang kalian perlu tahu adalah ini: Penambahan mempperuntukkan RM500 juta tersebut bukan kesemuanya secara langsung diagihkan untuk mangsa banjir pantai timur membeli makanan dan minuman. Dalam kenyataan MKN, RM500 juta ini diagihkan kepada MKN untuk 'the aftermath'. Dalam erti kata lain, ia untuk membaiki jalanraya, jambatan, dan sebagainya. Sebahagian lagi peruntukkan ini juga disalurkan untuk persiapan musim banjir kelak.

Insurans?

Pada pendapat saya, kenyataan Twitter perdana menteri bersifat separuh masak dan mengelirukan.

Tuntutan insurans sebenarnya terpulang kepada polisi-polisi yang ditandatangani pembeli insurans. Ada banyak orang kampung yang tidak mempunyai insurans yang melindungi rumah dan kedai mereka. Jika ada pun, kebanyakkan insurans tidak melindungi kerosakan-kerosakan akibat bencana alam seperti gempa bumi, tanah runtuh dan banjir.

Akibatnya, kebesaran mungkin kerugian ini akan dikategorikan sebagai 'total loss'. Justeru, tanpa perisytiharan sekalipun, mereka tidak akan dapat tuntut sebarang insurans.

Namun, ada pelanggan insurans yang membayar lebih untuk melindungi kerugian bencana alam. Untuk pelanggan-pelanggan ini, perisytiharan darurat tidak sama sekali akan menggugat kedudukan mereka. Hal ini sedemikian kerana banjir ini berlaku sebelum perisytiharan dan kerugian yang dialami dikira kerugian akibat bencana alam. Justeru, kerugian kelompok ini tetap dilindungi. – 29 Disember, 2014.-TheMalaysianInsider