Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Mungkin Allah Hendak Sampaikan Sesuatu – Awal Ashaari



Kemalangan yang melibatkan pengacara Awal Ashaari mendapat perhatian ramai beberapa hari ini lebih lebih lagi dengan keadaan keretanya yang rosak teruk akibat kejadian itu. Namun, Awal Ashaari dan rakannya hanya mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan tersebut.

Meluahkan rasa bersyukur kerasa masih diberikan peluang untuk teruskan hidup, Awal Ashaari berkata beliau seakan mati hidup semula selepas sedar dari kemalangan itu serta mengakui mungkin ada sesuatu yang mahu Tuhan sampaikan kepada dirinya.

“Bagai mati hidup semula, ia benar-benar satu keajaiban jika dilihat pada keadaan kereta yang remuk teruk. Hanya selepas 9 jam menerima rawatan, baru saya bersedia melihat gambar keadaan kereta yang dinaiki (selepas rosak teruk akibat kemalangan)”

“Saya bersyukur kerana masih dipanjangkan usia. Ia bagaikan satu keajaiban dan mungkin Allah SWT mahu menyampaikan sesuatu,” ujarnya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

Awal Ashaari juga meluahkan rasa bersyukur kerana kemalangan yang terjadi tidak melibatkan isterinya Scha al-Yahya dan anak mereka, Lara Alana. Kita sama sama doakan Awal Ashaari semoga cepat sembuh dan kembali cergas untuk bekerja dmei keluarga. ROTIKAYA

Fizo Omar Kesal Gambar 'Selfie' Ketika Banjir Dijadikan Isu





PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan Fizo Omar kesal dengan segelintir pengikut laman Instagram miliknya yang mengecam tindakan dia memuat naik gambar selfie ketika dalam perjalanan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan pada Ahad lalu.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, dia berharap perbuatan itu dihentikan kerana ia tidak memberi sebarang faedah dan meminta agar mereka mendoakan kesejahteraan kepada mangsa banjir.

"Gambar selfie yang saya muat naik itu sebenarnya ingin menunjukkan keadaan di Kelantan ketika ini yang masih dalam keadaan membimbangkan dan bukannya ingin bermegah-megah.

"Apa sahaja yang kami buat selama beberapa hari ini adalah hanya kerana Allah, tidak lebih daripada itu. Apa yang boleh saya katakan, adalah lebih baik mereka mendoakan kesejahteraan mangsa banjir dan jangan keruhkan keadaan kerana ia tidak membawa sebarang makna," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Fizo ketika ini masih berada di Kota Bharu, Kelantan sebagai sukarelawan untuk membantu mengagihkan barangan bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat di Kelantan.

Dalam pada itu, Fizo berkata, dia dan pasukan Hot Burgers Malaysia berada di Kelantan sejak Khamis lalu untuk mengagih-agihkan makanan dan barang keperluan lain kepada mangsa banjir.

Jelas Fizo, dia dan pasukannya menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk menghantar bantuan terus ke rumah mangsa yang masih terperangkap dan tidak sempat untuk diselamatkan.

"Ada yang masih terperangkap di rumah sejak banjir berlaku dan mereka ini menjadi tumpuan kami kerana kebanyakan daripada mereka sudah berhari-hari tidak makan kerana tidak boleh bergerak ke mana-mana.

"Alhamdulillah perjalanan kami untuk ke sana dipermudahkan dan kebetulan kami menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan membolehkan kami merentasi kawasan yang dinaiki air," katanya.

Sementara itu, Fizo berkata, biarpun bekalan yang dia bawa untuk mangsa telah pun selesai diserahkan namun dia akan berada di negeri itu untuk beberapa hari lagi untuk membantu menghantar bekalan makanan yang tiba dari Kuala Lumpur sumbangan orang ramai dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Kata Fizo, mereka akan berulang alik dari lapangan terbang ke tempat banjir untuk menghantar barang-barang tersebut dan menyeru sesiapa yang mempunyai kenderaan pacuan empat roda untuk tampil membantu.

"Syukur Alhamdulillah masyarakat Malaysia memang amat prihatin dengan kejadian menimpa penduduk di negeri Pantai Timur dan pelbagai barang tiba di lapangan terbang untuk diagihkan.

"Atas sebab itu kami ambil keputusan untuk terus berada di sini sehingga keadaan beransur pulih dan membantu apa yang perlu," ujarnya. - mStar Online

3 Gambar Banjir : Nenek Dato Siti Nurhaliza terpaksa naik bot ke Hospital






Kuala Lumpur : Nenek penyanyi No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Teh Te’ek yang berusia 90 tahun terpaksa menaiki sebuah bot selepas jalan raya ke Hospital Kuala Lipis, Pahang digenangi air akibat banjir tengah hari semalam.



Teh dibantu ibu Siti Nurhaliza, Siti Salmah Bachik, 62, adik lelakinya, Mohd. Ali, 33, dan beberapa penduduk kampung menaiki bot tersebut di Batu Dua, Kuala Lipis bagi membawanya menjalani rawatan dialisis.












Menurut Siti Nurhaliza, 35, yang dihubungi Kosmo! semalam, kediaman keluarganya yang terletak di Taman Pertama, Sungai Kerpan tidak dilanda banjir.







“Ini merupakan kali pertama nenek terpaksa menaiki bot ke hospital. Pada awalnya, mereka menaiki kereta.



Bagaimanapun, beberapa jalan utama ke bandar, air naik begitu tinggi menyebabkan mereka terpaksa menaiki bot dengan dibantu orang ramai. Selepas itu, mereka menyambung menaiki kereta ke Hospital Kuala Lipis,” katanya.



Sumber

Miranda Ker Terima Hadiah Berlian Daripada Jutawan





MODEL terkenal Miranda Ker dikhabarkan menerima anting-anting berlian bernilai ratusan ribu ringgit daripada seorang lelaki berstatus jutawan bernama James Packer.
Bekas model pakaian dalam Victoria Secret itu menerima hadiah tersebut sempena perayaan Krismas yang bakal tiba pada 25 Disember ini.

Perkara tersebut diberitahu oleh satu sumber dalam satu wawancara Woman's Day.

"Dia (James) membeli perhiasan itu untuk Miranda sejak empat bulan lalu," ujarnya.

Bagaimanapun, sehingga saat ini, model tersebut masih belum memberi sebarang kenyataan tentang hubungannya dengan jutawan tersebut.

Sebelum ini, Miranda memberitahu dia masih solo dan tidak memiliki hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki.

Tambahnya, buat masa ini dia lebih tenang dikelilingi teman-teman rapat berbanding pasangan.-mStar

AJL 29: Penyanyi Aweera Kecewa, Dedah Muslihat Edry (KRU)




Aweera terkilan tidak dapat beraksi di pentas AJL29.

PETALING JAYA: Penyanyi Aweera menganggap tindakan komposer Edry Abdul Halim melemparkan tuduhan buruk dan menyingkirkannya untuk beraksi di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) pada 18 Januari 2014 hanyalah satu fitnah yang sengaja menjatuhkan maruahnya.
Aweera atau nama sebenar Nasharul Aweera Noriyissham, 23, berkata, dia tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sepanjang bekerjasama dengan bekas kumpulannya iaitu Mojo ketika bersama-sama membuat persembahan lagu berjudul Romancinta pada malam Separuh Akhir Muzik Muzik 2014 pada 28 November lalu.

"Saya terkilan apabila ddia (Edry) menuduh saya disingkirkan daripada Mojo kerana menimbulkan masalah kepada kumpulan itu, kalau saya bermasalah daripada awal lagi saya tidak mahu bagi kerjasama. Perkara sebenar adalah saya yang menarik diri.

"Dia meminta saya untuk berduet dengan penyanyi baru mereka (Mojo) iaitu penyanyi dari Indonesia pada malam AJL 29 nanti dan cadangan itu saya tidak setuju sama sekali," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini Isnin.

Edry Abdul Halim

Aweera berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan komposer dan ketua kumpulan Mojo iaitu Edry Abdul Halim yang terpaksa menyingkirkan Aweera daripada bertanding dalam pentas final AJL 29 kononnya kerana menimbulkan masalah.

Tambah Aweera, Edry meminta dia hanya menyanyikan bahagian korus sahaja, manakala penyanyi baharu kumpulan itu akan menyanyikan bahagian verse.

Malah, perjanjian yang dibuat juga tidak adil bagi dirinya apabila ditawarkan akan berkongsi hadiah dengan penyanyi tersebut jika menang pada malam tersebut.

Disebabkan perkara itu, Aweera berkata dia bertindak menarik diri sewaktu perbincangan konsep persembahan AJL 29 bersama pihak produksi TV3.

"Dia suruh saya nyanyi bahagian yang susah dan penyanyi baru itu bahagian verse sahaja. Itu tidak adil, ini bukan persembahan majlis makan malam.

"Perjanjian pula tidak adil jika kami menang, saya akan berkongsi (wang kemenangan) dengan penyanyi itu. Oleh itu saya tarik diri depan semua krew produksi TV3," ujarnya.

Dalam pada itu, Aweera mengakui ada meminta untuk membuat persembahan tersebut bersama ahli kumpulannya sendiri berikutan tiada komitmen yang diberikan oleh ahli kumpulan asal Mojo.

"Ya, saya minta membuat persembahan dengan kumpulan saya sendiri, ini kerana ahli kumpulan asal iaitu Denny dan Johar tidak dapat beri komitmen yang baik.

"Sewaktu pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 2014 lalu mereka tidak mahu terlibat, ada yang jaga anak dan pergi berbulan madu. Sebab itu saya rasa lebih baik pakai kumpulan saya sahaja yang mana lebih baik daripada mereka," ujarnya.

Sementara itu, Aweera berkata, dia kecewa apabila orang ramai mula menunding jari dan menganggap perkara itu adalah disebabkan kesalahannya.

Sebaliknya dia terpaksa tampil membersihkan namanya daripada kenyataan yang diberikan oleh Edry.

Selepas Aweera keluar daripada kumpulan tersebut pada Mei lalu, Mojo dianggotai oleh Edry, Denny dan Johar. ─ mStar online

Zizan Sangkal Hubungan Dengan Emma Putus





PETALING JAYA – Pelakon dan pelawak Zizan Razak menyangkal dakwaan hubungannya dengan aktres Emma Maembong sudah berakhir seperti mana dilaporkan dalam ruangan gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad.
Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 30, menerusi laman Instagramnya menjelaskan percintaan mereka tidak mempunyai sebarang masalah seperti dilaporkan akhbar itu.

“Kami di sini baik-baik sahaja. Terima kasih rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan yang baik untuk hubungan kami berdua,” tulisnya.

Laporan itu menyebut pasangan itu dikatakan sudah tidak bersama sejak sebulan lalu malah malah Emma dilaporkan sudah mempunyai pengganti iaitu pelakon Kamal Adli yang juga pasangannya dalam drama bersiri Syurga Tanpa Cinta.


Dalam pada itu, dalam status sama, Zizan turut menulis dia mencintai Emma dan memberitahu wanita itu sentiasa berada di dalam hatinya.

“Emma Maembong sentiasa saya cintai. You always in my heart,” ujarnya.

Malah Emma menerusi laman Instagram miliknya meminta peminat tidak mempercayai gosip berkenaan selain turut memuat naik gambar mereka berjalan berdua.

Sementara itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Zizan dan Kamal berhubung gosip berkenaan gagal apabila mereka masing-masing tidak menjawab panggilan dan mesej yang dihantar. – mStar Online

Kenapa Zed Zaidi Buat Laporan Polis Terhadap Vanidah Imran?

Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi dan Zack Kool selaku timbalan presiden telah membuat laporan polis selepas kehilangan buku cek yang diberi tanggungjawab terhadap bendahari persatuan iaitu Vanidah Imran

Zed Zaidi memberitahu kehilangan buku cek tersebut menyusahkan Seniman untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti membayar sewa pejabat dan sumbangan kematian termasuk allahyarham Mustapha Maarof (bekas presiden). Lapor http://hotlips-yuya.blogspot.com/


Ini komen Zed Zaidi: (mStar)

"Saya melaporkan kehilangan buku cek persatuan yang dibawa keluar daripada pejabat oleh bendahari iaitu Vanidah Imran sejak memegang jawatan tersebut September lalu.

"Dia membawa pulang dan langsung tidak memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta untuk mengeluarkan duit bagi menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja," 

"Sekarang kita mahu bank gugurkan nama Vanidah sebagai salah seorang yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran duit persatuan.

"Kita juga akan usulkan perkara ini dalam mesyuarat untuk membuat undi tidak percaya kepada dia,"

"Dia tidak tahu apa tugas dia sebagai bendahari dan meminta persatuan untuk keluarkan surat untuk dia tandatangan buku cek tersebut.

"Apa yang dia lakukan telah menjejaskan perjalanan persatuan ini. Malah persatuan terpaksa berhutang sebanyak RM22,000 bagi kos operasi iaitu sewa pejabat dan gaji pekerja akibat tindakannya," 

"Kita buat aktiviti sebelum ini atas duit tajaan beberapa pihak cuma saya terkilan tidak dapat beri sumbangan kepada Allahyarham Datuk Mustapha yang banyak berjasa kepada persatuan.

"Kalau dia tidak mahu jawatan itu lebih baik letak sahaja jawatan beri pada yang benar-benar mahu bekerja,"

Zed Zaidi akan menyerahkan laporan polis tersebut kepada pihak bank untuk menggugurkan nama Vanidah Imran sebagai pemegang dan pengeluar cek.

Zed Zaidi juga akan membuat mesyuarat undian tidak percaya kepada Vanidah Imran setelah memberi beberapa amaran kepada pelakon tersebut.

Jika diminta cek tersebut untuk pengeluaran wang, Vanidah bukan sahaja tidak mahu menandatangani cek tersebut, malah meminta persatuan mengeluarkan surat kepadanya terlebih dahulu.

Zed juga kesal apabila persatuan tidak dapat mengeluarkan wang sumbangan kepada bekas presiden iaitu Allahyarham Mustapha Maarof yang meninggal dunia pada 15 Disember lalu.

Sementara itu Vanidah Imran berkata, ada sebab dia melarikan buku cek milik persatuan itu. Namun sebab itu buat masa ini masih dirahsiakan. Vanidah enggan mendedahkannya.



Ini komen Vanidah Imran:

"Saya tidak mahu beri kenyataan apa-apa tentang laporan polis itu buat masa ini. Biarkan sahaja mereka berbuat demikian dan saya ada alasan tersendiri," 

Malah Vanidah juga berkata, tidak mungkin untuk dia melarikan wang persatuan dengan memegang buku cek berkenaan kerana namanya masih belum didaftarkan sebagai penama untuk akaun persatuan berkenaan.

Haih, macam-macam kontroversi yang melanda Seniman ini. Harap Zed Zaidi dan Vanidah Imran dapat seleaikan kes ini sebaik mungkin.

Sumber hotlips-yuya.blogspot.com