Dua Gadis Mati Lemas Gara-Gara ‘SELFIE’

Posted by Sosej Roll Blog


Dua gadis dilaporkan lemas ketika sedang mandi di Sungai Lebir dekat Manik Urai Lama, Kuala Krai.
Rupa-rupanya, kejadian itu berlaku gara-gara kedua-duanya sedang asyik merakam gambar ‘selfie’ bersama-sama.
Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Manik Urai itu, Nurul Akmal Roshid, 15, dan Nursyafiqah Syaurah Mohd Yusof, 13, dikatakan bergambar menggunakan telefon bimbit sebelum tergelincir dan dihanyutkan arus.
Sebelum itu, dua lagi rakan mereka tidak mandi bersama, sebaliknya hanya memerhati gelagat mereka tidak jauh dari lokasi.
Sebaik sahaja menyedari kejadian itu, mereka segera berlari mendapatkan bantuan penduduk kampung.
Mayat pertama iaitu Nurul Akmal ditemui jam 8.28 pagi semalam oleh Unit Skuba dengan bantuan anggota polis serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), manakala mayat Nursyafiqah Syaurah ditemui jam 8.50 pagi, kira-kira 20 hingga 50 meter dari lokasi mereka dihanyutkan arus.
Menurut ibu Nurul Akmal, Rohana Zakaria, 45, kedua-dua mereka pergi ke sungai itu untuk mengambil gambar kenang-kenangan, namun tidak menyangka ia akan berakhir dengan tragedi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superitendan Ab Rahim Che Ghani berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai lemas dan tiada unsur jenayah dilaporkan. 

Related Post



Post a Comment