Tips Menurunkan Berat Badan Dari Seorang Model India

Posted by Sosej Roll Blog














Mempunyai berat badan ideal adalah idaman setiap orang. Tidak hanya wanita saja yang berlumba-lumba supaya berat badan mereka tetap kelihatan langsing dan sedap dipandang, lelaki pun begitu juga. Orang-orang yang bertubuh besar biasanya cuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badannya.


Bagi anda yang sudah melakukan pelbagai diet namun belum berjaya, mungkin anda boleh cuba cara menurunkan berat badan yang menyenangkan ini.

Salah satu tips kesihatan dari seorang model India bernama Ayurveda merupakan cara menyeronokkan untuk menurunkan berat badan. Cara ini cukup mudah untuk dilakukan. Yakni, meminum air suam setelah anda bangun tidur di pagi hari.

Meminum air suam sebelum sarapan akan membuat anda terasa lebih kenyang menyebabkan anda akan mengambil sedikit kalori. Minum air suam juga mampu mengekang nafsu makan, menjaga tubuh agar tak kekurangan cecair, juga membuat saluran pencernaan anda lebih bersih.

Air suam juga mempunyai suhu yang sama dengan tubuh hingga mampu membantu mempercepatkan proses metabolisma. Dengan metabolisma yang baik, akan membuat proses penurunan berat badan anda pun lebih cepat. Tidak hanya di situ sahaja, air suam juga boleh membantu tubuh membakar lemak yang melekat di tubuh anda secara semulajadi.

Simple sahajakan? Tapi ingat, jangan menambah zat pemanis dalam air suam anda ya. Selamat mencuba, semoga berjaya.

Related Post



Post a Comment