Review Filem Sejoli

Posted by Sosej Roll Blog

1560535 576187685793076 727296323 n Review Filem Sejoli

Sinopsis Filem Sejoli;
Filem ni mengisahkan Gina dan Joe yang kecewa selepas ditinggalkan oleh pasangan masing-masing. Gina telah putus tunang dengan Hardy anak orang kaya. Manakala Joe pula putus cinta dengan Nita seorang model. Kemudian mereka berdua membawa diri ke Phuket ,Thailand. Di situlah terjalinnya talian persahabatan antara Gina dan Joe yang tidak disengajakan. Kemudian, mereka berkomplot dalam Misi Mencantas Cinta sambil dibantu oleh Lola dan Joned apabila dapat tahu ex-ex mereka berdua bakal berkahwin tidak lama lagi.
Bermulalah misi mencantas cinta (perkahwinan Nita dan Hardy). Memang kerja gila dan tak masuk akal kalau difikirkan. Tapi berjaya atau tidak, korang kena tengok kat pawagam! OST filem ini dinyanyikan oleh Tomok – ‘Biarkan Sejoli’.

1493318 1400778146833301 1361231678 o Review Filem Sejoli

Review Filem Sejoli;
Filem sejoli menampilkan 4 artis yang mempunyai nama besar dalam industri perfileman tanah air dan semestinya hasil tangan Osman Ali tidak mengecewakan kami. Setiap babak yang diselitkan ternyata memberi kesan kepada penonton apabila wayang penuh dengan hilai tawa setiap penonton yang terhibur dengan gelagat dari Bront Palarae dan Maya Karin yang sangat bersahaja.

1519348 1403437569900692 986667732 o Review Filem Sejoli

Tak sangka, Maya Karin mampu membawa watak komedi. Keserasian di antara Maya Karin dan Bront Palarae terserlah pada awal plot ketika mereka di Phuket! Tapi paling sweet bila babak dorang jatuh dari Mini Cooper! Tak nampak seperti lakonan bila dorang jatuh dan terfikir entah macam mana rasa sakit bila dorang jatuh atas tanah tu tapi mampu bagi lakonan yang mantap! Belum lagi dengan idea idea gila dorang untuk gagalkan perkahwinan di antara Hardy dan Nita. Sempoi habis.
gina1 Review Filem Sejoli

Remy Ishak dan Izara Aishah pun tidak bersahaja! Lakonan dorang menyempurnakan lagi story line Sejoli dengan lakonan Remy Ishak yang menjadi bingung apabila 2 kali majlis perkahwinan dirosakkan oleh bakal isteri.
 Review Filem Sejoli
Tapi pujian patut diberikan kepada Azad Jasmin yang menghidupkan suasana dengan lawak komedi yang hampir buat kitaorang semua gelak besar! Pertaruhan Osman Ali sememangnya menjadikan Filem Sejoli antara filem segar untuk tahun 2014. Setiap sorang pelakon tidak seperti membuat buat tetapi semuanya nampak spontan dan menghiburkan. Rm10 korang untuk tengok filem ni takkan sia sia!

Related Post



Post a Comment