12 kawasan catat bacaan IPU tidak sihat

Posted by Sosej Roll Blog

12 kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
KUALA LUMPUR: Dua belas kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 8 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan berkenaan ialah Kuala Selangor dengan bacaan 155, Nilai (143), Pelabuhan Klang (137), Banting (134), Putrajaya (124), Bukit Rambai (117), Batu Muda dan Seremban masing-masing dengan bacaan 112.

Kawasan lain ialah Petaling Jaya (107), Shah Alam (103), Sri Aman (101) dan Tanjung Malim (100).
Tiga lokasi lain menghampiri bacaan IPU tidak sihat iaitu Cheras (99), Port Dickson (98) dan Bandaraya Melaka (95).

Bacaan IPU baik berada antara 0-50, sederhana (51-100), tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya pada bacaan melebihi 300.

Related Post



Post a Comment