Orang kata bercinta itu indah, yang menjadikannya indah bila anda berjumpa dengan orang yang betul. Setiap orang inginkan pasangan hidup yang sempurna. Sempurna? Paras rupa yang elok, beragama, baik, dan macam-macam lagi. Tapi tak semua yang kita nak akan diperolehinya. Lebih baik jika anda bersama dengan orang yang mampu merubah diri anda jauh ke arah kebaikan, yang mengajar anda erti kehidupan, yang boleh bertolak ansur dan memahami diri anda. Tapi persoalannya adakah si dia sekarang ini punyai ciri-ciri tersebut? Kalau ya, apa cirinya?
1. Si dia perkenalkan anda kepada perkara yang anda tidak pernah bayangkan
Bukankah indah jika anda berpasangan dengan individu yang kontra, anda api si dia air. Mungkin anda boleh belajar tentang sesuatu bila bersamanya. Dan bukankah ianya perkara menggembirakan perkara yang anda tidak pernah lakukan semua hidup, anda lakukan. Contohnya, pasangan anda seorang penyanyi dan kali ini si dia menjemput anda berduet bernyanyi bersama. Sepanjang hidup anda langsung tidak pernah terfikir untuk menyanyi di depan khalayak ramai tetapi bila bersama si dia pelbagai perkara anda lakukan. Bukankah itu perkara yang indah!
2. Si dia mendorong anda untuk melakukan yang sesuatu yang lebih baik
Si dia mendorong anda untuk menjadi orang yang lebih baik tanpa terus meletakkan tekanan ke atas anda. Pasangan anda berfungsi sebagai insentif terbaik untuk mengatasi batasan anda. Ketika anda dalam keadaan ingin putus asa, adalah penting untuk mempunyai seseorang yang memberi kata-kata semangat dan sentiasa berikan sokongan pada anda.
3. S dia punya daya penarik
Ini merupakan orangnya yang anda boleh habiskan masa bersama, sentiasa bersama dan langsung tidak membosankan. Dia mempunyai daya penarik untuk hiburkan anda, mungkin juga punya sense of humor yang mampu menghilangkan stress anda.
4. Si dia buatkan diri anda sentiasa rasa disayangi
Anda tidak akan berasa seperti anda kehilangan sesuatu. Semua yang anda perlukan betul-betul berada di hadapan anda, seseorang yang dapat memberikan inspirasi kepada anda. Mereka membuat anda sedar bahawa anda mempunyai semua keupayaan untuk mencari kepuasan diri.
5. Si dia membantu anda mencapai matlamat anda dan memahami kepentingannya kepada anda
Jika anda berminat dalam bidang muzik, si dia akan cuba memahami dan tidak menghalang anda atas sebab-sebab mementingkan diri sendiri. Mereka memahami bahawa kebahagiaan peribadi anda adalah penting dalam hidup anda.
6. Si dia mencabar anda
Si dia tidak akan mengatakan ‘ya’ apabila anda meminta pendapat yang jujur. Malah, si dia bukan seseorang yang sentiasa bersetuju dengan pendapat anda, kadang-kala anda bercanggah pendapat dengan si dia, walaupun bercanggah tetapi sebenarnya si dia mahu anda gapai apa yang anda idamkan.
7. Si dia membuatkan anda sedar bertapa berharganya diri anda
Selama ini anda merasakan si dialah yang menyelamatkan anda, si dia cukup sempurna dan menjadi role model dalam hidup anda tetapi dalam anda tidak sangka, anda menunjukkan sesuatu yang luar biasa, luar daripada sikap sebenar anda. Jika sebelum ini anda seorang yang penakut tetapi sekarang ini anda pantang dicabar. Secara tak langsung membuatkan anda sedar untuk hargai diri sendiri.
Post a Comment