Aidil Zafuan Selamat Nikahi Kekasihnya, Zarema Zainal - TAHNIAH!

Posted by Sosej Roll Blog


Aidil Zafuan Selamat Nikahi Kekasihnya, Zarema Zainal - TAHNIAH!
Aidil & Zarema
Jutaan tahniah diucapkan kepada Aidil Zafuan dan Zarema Zainal yang telah pun sah sebagai suami isteri dalam majlis pernikahan yang telah berlangsung pagi tadi. Aidil yang kelihatan kacak bergaya dalam persalinan pengantin serba putih dengan tenangnya telah melafazkan akad nikah sekali sahaja. Tahniah diucapkan buat anda berdua Aidil & Zarena.

Kisah Aidil Zafuan umum pasti tahu kontroversi bekas isterinya Rita Rudaini sudah lama berakhir dengan penceraian. Namun jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan, pelbagai spekulasi dulu tentang Aidil pemain bola sepak negara bercinta dengan seorang gadis cantik bernama Zarema Zainal. Semuanya telah terjawab apabila mereka telah selamat diijabkabulkan


Aidil Zafuan Selamat Nikahi Kekasihnya, Zarema Zainal - TAHNIAH!
Melalui laman sosial Twitter, sekeping foto telah dimuat naik oleh Johor Southern Tiger yang mengucapkan tahniah kepada Aidil selaku kapten pasukan bola sepak JDT.

Menariknya, menerusi satu akaun Twitter yang dipercayai merupakan tetamu majlis berkenaan, mengatakan suasana menjadi lucu apabila tetamu menjerit perkataan ‘Goal’ sebaik sahaja pasangan itu sah dinikahkan dengan sekali lafaz.
Aidil Zafuan Selamat Nikahi Kekasihnya, Zarema Zainal - TAHNIAH!

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Aidil dan Zarema dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Tetapi, nafkah anak-anak dengan bekas isteri jangan dilupakan pula ya?

Video: WowMediaNetwork
Aidil Zafuan Selamat Nikahi Kekasihnya, Zarema Zainal - TAHNIAH!
 Biodata ringkas Zarema Zainal isteri ke-2 Aidil Zafuan.

Nama Penuh : Zarema Zainal
Nama Panggilan : Emma Zainal
Umur : 22 Tahun
Status Ibubapa : Anak seorang datuk (Bekas ahli politik Klang)
Asal : Pandamaran Klang, Selangor
Bekas kekasih : Noh Hujan
Pekerjaan : Menganggur
Keperibadian : Seorang yang agak nakal dan sosial
Abang Ipar : Khalid Jamlus (Bekas pemain bola sepak)

Related Post



Post a Comment