Bangang! Wanita Taiwan Ini Menikahi Diri Sendiri

Posted by Sosej Roll Blog

Kerana tiada pemuda yang datang melamar dirinya, wanita dari Taiwan ini berputus asa dan merasa kecewa dan mengambil keputusan menikahi dirinya sendiri.
Chen Wei-Yih melangsungkan pernikahan dengan satu upacara yang agak rumit kerana tiada pasangan lelaki dalam pernikahan itu. Wei-Yih memakai gaun pengantin berwarna putih. Dia juga bergamabar dengan gaunnya itu. Satu wedding organizer (WO) disewa untuk menguruskan majlis pernikahannya. Dia hanya mengundang 30 orang pada jamuan makan malam resepsi perkahwinan itu.
Wei-Yih, yang begitu kecewa kerana tidak bertemu lelaki idaman hatinya. Usianya yang sudah tua dan dia menghadapi tekanan sosial untuk segera berkahwin.
Dia tidak bermain dengan kenyataannya itu. Setelah menikah dia akan berbulan madu ke Australia. Tentu saja seorang diri. “Saya berharap semakin banyak orang yang akan mencintai dirinya sendiri,” ujarnya.
Pernikahan yang dilakukan Wei-Yih tidak boleh didaftar dan tak dianggap sah. Tetapi Wei-Yih berjanji jika menemukan lelaki idamannya, dia akan melangsungkan pernikahan lagi.
Apa yang dilakukan Wei-Yih itu menimbulkan kekhuatiran kepada pemerintah Taiwan. Selama ini Taiwan cemas melihat menurunnya kelahiran penduduk di negara tersebut.Hanya dua perlima perempuan Taiwan yang ingin menikah dan selebihnya suka hidup bersendirian.

Related Post



Post a Comment