Budak Berpenyakit Aneh Suka Makan Sofa Dan Karpet

Posted by Sosej Roll Blog

Masa kanak-kanak adalah waktu terbaik bagi ibu bapa untuk mengetahui perkembangan seorang anak. Namun ibu ini merasa bersedih hati kerana buah hatinya tak berkembang normal lseperti anak lain kerana ketagihan aneh yang dideritanya.

Charlotte, kanak-kanak kecil berusia 4 tahun ini mengalami autisme dan hobi memakan sofa dan karpet untuk memuaskan kelaparannya. Ibunya, Cook, mendedahkan bahawa kebiasaan anehnya ini sudah berlaku sejak berumur satu tahun. Perkara yang menyedihkan adalah Charlotte tidak sedar bahawa kelakuannya tersebut menyimpang dari kanak-kanak normal yang lain.

"Kami punya karpet hijau besar di ruang depan dan ketika dia berusia satu tahun dia mula memakannya," ujar Cook. "Dia juga cuba untuk memakan remote TV dan kerusi kereta. Masalahnya adalah dia tidak menyedari apa yang dilakukannya, itu membuatku merasa sedih."

Doktor mendedahkan bahawa Charlotte kemungkinan besar menderita Pica. Penyakit ini adalah suatu kelainan di mana pesakit akan cenderung memakan semua perabot berbahan kain dan plastik. Penyakit ini memberi kesan kepada kira-kira 30 peratus kanak-kanak pesakit autisme yang disebabkan oleh kekurangan mineral atau zat besi.

Pakar kesihatan dan doktor hingga kini mengaku belum boleh menyembuhkan penyakit tersebut. Perkara ini tentunya membuat ibu Charlotte bimbang akan masa depan anaknya. "Kebimbangan terbesarku adalah hal itu akan membahayakannya dan boleh membunuhnya," pungkas Cook bimbang. 




Related Post



Post a Comment