Dua penumpang MH370 dengan pasport palsu beli tiket pada masa sama

Posted by Sosej Roll Blog

Dua penumpang MH370 dengan pasport palsu beli tiket pada masa sama
KUALA LUMPUR: Dua individu yang didakwa menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 denganpasport palsu, dilaporkan membeli tiket penerbangan pada masa yang sama.

Menurut laporan CCN, kedua tiket itu dibeli dari China Southern Airlines dalam mata wang Bath Thailand pada harga yang sama.

CNN melaporkan bahawa maklumat itu didapati daripada Travelsky, iaitu sistem pengesahan e-tiket rasmi China.

Nombor siri tiket-tiket itu dikatakan mengikut turutan yang menandakan ia dikeluarkan bersama.

Sebelum ini, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihak berkuasa sedangmenyiasat semua penumpang yang tersenaraisebagai penumpang pesawat MH370 ekoran laporan dua lagi individu menggunakan pasport palsu.

Ini ekoran laporan media semalam bahawa dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 tidak menaiki kapal terbang tersebut, tetapi kehilangan pasport mereka.

"Kami menyiasat seluruh senarai penumpang di dalam pesawat tersebut, bukan empat orang itu sahaja," katanya semasa suatu sidang media di Hotel Sama-Sama hari ini.

Individu pertama ialah seorang lelaki warga Itali  bernama Luigi Maraldi yang dilaporkan kini berada di Phuket, Thailand.

Individu kedua yang namanya berada di dalam senarai penumpang tetapi tidak menaiki pesawat MH370 ialah seorang warga Austria yang juga melaporkan pasportnya dicuri dua tahun lalu di Thailand.

Sementara itu, travelchinaguide.com melaporkan bahawa pemegang pasport dari 51 negara dan wilayah berikut boleh diberikan penginapan tanpa visa selama 72 jam semasa dalam transit melalui Lapangan terbang Beijing Capital (PEK) dan  Lapangan terbang Antarabangsa Shanghai Pudong (PVG) & Lapangan terbang Antarabangsa Hongqiao (SHA), lapangan Terbang Guangzhou Baiyun (CAN), Lapangan terbang Antarabangsa Chengdu Shuangliu (CTU), Lapangan terbang Antarabangsa Shenyang Taoxian (SHE) dan Lapangan terbang Antarabangsa Dalian (DLC):

Argentina, Austria, Australia, Belgium, Albania, Bosnia Herzegovina, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Germany, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Japun, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Macedonia, Malta, Mexico, Netherlands, New Zealand, Poland, Portugal, Qatar, Republik Montenegro, Romania, Russia, Serbia, Singapura, Slovakia, Slovenia, Korea Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, United Arab Emirates, Ukraine, United Kingdom, Amerika Syarikat.

Related Post



Post a Comment