Galeri Gambar Pencarian MH370

Posted by Sosej Roll Blog


HIMPUNAN gambar berhubung kehilangan penerbangan MH370 yang kini telah genap seminggu:

Pegawai tentera Taiwan berbincang sesuatu sebelum meneruskan usaha mengesan penerbangan MH370.

Jemaah Masjid Tamim Jaya, Kuala Lumpur menadah doa bagi memudahkan pencarian penerbangan MH370.
 
Seorang jemaah wanita mendoakan dengan penuh harapan bagi memudahkan usaha pencarian penerbangan MH370.

TLDM terus menggandakan usaha bagi mengesan penerbangan MH370 di perairan Selat Melaka.

Pasukan TLDM turut menggunakan bot bagi membuat pengesanan terus di atas muka laut jika terdapat sesuatu petunjuk.

Kelengkapan tentera yang digunakan untuk misi pencarian penerbangan MH370.
 
Suspek keluar dari lobi hotel bersama beg dipercayai berisi pasport dan wang tunai sebanyak RM15,000 milik Penolong Pengarang Berita NOW TV Hong Kong, Chan Wai Li ketika wartawan dan krew TV itu membuat liputan mengenai ahli keluarga penumpang Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Lobi Hotel Everly, Putrajaya pada Khamis.

Penolong Pengarang Berita NOW TV Hong Kong, Chan Wai Li, 36, (kanan) memerhatikan anggota Forensik dari Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur memeriksa beg, jaket dan topi suspek yang mencuri begnya mengandungi pasport dan wang tunai sebanyak RM15,000 ketika beliau dan krew TV membuat liputan mengenai ahli keluarga penumpang Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Lobi Hotel Everly, Putrajaya, Khamis.

sumber: http://www.mstar.com.my/

Related Post



Post a Comment