Hantar visual operasi redakan kegelisahan

Posted by Sosej Roll Blog


 Dr Zaharuddin Abdul Rahman

SHAH ALAM - Pendakwah terkenal tanah air, Dr Zaharuddin Abdul Rahman hari ini mencadangkan agar pihak penyelamat menghantar petikan visual operasi mereka dan gambar operasi untuk berkongsi bagaimana usaha keras mereka mencari dan menyelamat di perairan laut tempat pesawat MH370 hilang.
Menurut Dr Zaharuddin, pada pemerhatiannya sangat kurang gambar operasi ini disiarkan media, sebaliknya banyak kenyataan 'sedang mencari' tanpa sebarang gambar dan visual daripada helikopter penyelamat sehingga menimbulkan perasaan resah gelisah terhadap rakyat dan keluarga mangsa kerana mereka tiada sumber yang sahih untuk rujukan.
"Saya lihat sangat kurang gambar operasi ini disiarkan media, hanya banyak kenyataan 'sedang mencari' tanpa sebarang gambar dan visual dari helikopter penyelamat.
"Gambar perairan, visual sebenar tompokon minyak,atau gambar dan visual 15 pesawat yang telah dikerah iaitu empat unit C130, dua unit Bombardier, dua Heli Agusta, satu unit CN 235, empat unit EC 725, satu unit Beechcraft, satu unit King Air manakala enam kapal dari Tentera Laut Diraja Malaysia, serta tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).
"Sekurang-kurangnya jika ada, ahli keluarga dan rakyat yang menunggu akan lebih rasa lega dapat melihat aksi dan usaha penyelamat sedang bertungkus lumus. Apabila sangat kurang, banyaklah gambar tidak relevan tersebar di media sosial," tulisnya menerusi laman sosial Facebook miliknya.
MH370 hilang dari radar dengan 239 orang berada di atas kapal dalam penerbangan ke Beijing selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi.

Sumber : Sinar Harian

Related Post



Post a Comment