Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno, berkata Honda City generasi keempat itu boleh ditempah melalui 73 pusat jualan di seluruh Malaysia.
UENO (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia memperkenalkan model baharu Honda City di Kuala Lumpur, petang tadi.
KUALA LUMPUR: Honda Malaysia membuka tempahan bermula hari ini bagi model terbaru Honda City sebelum ia dilancarkan pada suku kedua tahun ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno, berkata Honda City generasi keempat itu boleh ditempah melalui 73 pusat jualan di seluruh Malaysia.
UENO (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia memperkenalkan model baharu Honda City di Kuala Lumpur, petang tadi.
Menurutnya, menerusi pelancaran itu nanti akan menyumbang 40 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan Honda pada tahun ini.
"Honda City terbaru ini adalah segmen B pertama yang ditawarkan dengan enam beg udara dan juga Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA).
"Generasi keempat ini didatangkan dengan enjin 1.5 iVTEC dan dipadankan transmisi CVT yang dibangunkan dengan teknologi terbaru iaitu 'Earth Dreams' Honda," katanya.
Ueno berkata, harga kenderaan ini akan diumumkan tidak lama lagi, tetapi ia dijual dengan harga berpatutan dan bernilai untuk wang.
Honda City terbaru itu ditawarkan dengan empat varian iaitu S,S+,E dan V.
Home »Unlabelled » Honda City Baharu Sedia Ditempah
Honda City Baharu Sedia Ditempah
Posted by Sosej Roll Blog
Post a Comment