ISU MAT YO BUAT PERANGAI, LANTAK KO LA MAT YO !

Posted by Sosej Roll Blog



Kelana Jaya: Jurulatih Harimau Malaya Datuk Ong Kim Swee sudah tidak mahu ambil ‘pusing’ mengenai ketiadaan Norshahrul Idlan Talaha apabila menegaskan hanya mahu memberikan fokus terhadap mereka yang benar-benar berminat menyarung jersi negara.

Katanya, beliau tidak tahu mengenai alasan peribadi Norshahrul atau turut dikenali Mat Yo untuk meminta pengecualian daripada menjalani latihan pusat kebangsaan selain daripada urusan menunaikan umrah pada 3 Mac depan.

“Saya tidak tahu alasan peribadinya (Norshahrul) kerana dia hanya memaklumkan kepada pengurus pasukan (Datuk Seri Subahan Kamal). Menerusi perbualan telefon sebelum ini, saya memintanya datang melaporkan diri (Rabu lalu) dan membawa bersama surat, selepas itu dia boleh mendapat pelepasan, tapi dia tidak datang.


“Saya tidak kecewa dengan tindakannya, bagi saya sesiapa yang gagal hadir untuk menyarung jersi negara bermakna mereka tidak berminat. Kita mempunyai alasan tersendiri tapi yang mustahak di sini keutamaan kepada negara. Saya tidak mempunyai masalah dengan ketiadaan Mat Yo kerana kita masih mempunyai Bobby (Gonzales), Ahmad Fakri (Saarani), Safee Sali dan Baddrol Bakhtiar,” kata Kim Swee semalam.

Noshahrul yang beraksi bersama Johor Darul Ta’zim mencetuskan kontroversi apabila gagal melaporkan diri Rabu lalu bersama dengan 24 lagi pemain pelatih skuad kebangsaan namun penyerang berpengalaman berusia 27 tahun itu diberikan pengecualian selepas mengadakan pertemuan dengan Subahan.

Related Post



Post a Comment