Seorang penumpang pesawat MH370 warga Malaysia yang didakwa sebagai seorang jurutera penerbangan merupakan antara tumpuan siasatan, menurut satu laporan.
Laporan Reuters menyebut, Mohd Khairul Amri Selamat, 29, mengaku dalam satu laman sosial sebelum ini bahawa beliau bekerja untuk sebuah syarikat penerbangan jet sewa swasta.
Seorang pegawai tinggi polis yang tidak dinamakan dalam laporan berkenaan mengesahkan bahawa pasukan itu sedang menyiasat para penumpang termasuk Mohd Khairul dan juga anak kapal lain.
“Ya kami menyiasat Mohd Khairul dan juga penumpang lain dan juga anak kapal.
“Fokusnya adalah sesiapa sahaja yang mungkin mempunyai kemahiran penerbangan di atas pesawat tersebut,” kata pegawai polis berkenaan dalam laporan Reuters.
Penyiasat percaya bahawa pesawat berkenaan dilencongkan dari laluan asalnya oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai pesawat dan panduan arah pesawat komersial,

Post a Comment