KAPAL DENGAN 6 KAKI UNTUK PEMBINAAN DI TENGAH LAUTAN (16 GAMBAR)

Posted by Sosej Roll Blog

Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan bahan api fossil menghasilkan pencemaran disamping menggunakan bahan api yang semakin mahal. Oleh itu di negara-negara maju sumber elektrik alternatif yang lebih mesra alam dan future proof mula dibangunkan dengan giat. Di Jepun pembinaan "ladang angin" yang dipenuhi kincir udara adalah alternatif yang sedang dipertimbangkan bagi menggantikan loji kuasa nuklear seperti Fukushima yang didapati mudah bahasa paska gempa bumi. Projek di Jepun masih dalam perancangan tetapi di Britain projek peminaan ladang kincir udara untuk menghasilkan elektrik pada skala besar sudah dilakukan sejak 2004.


Bagi membina ratusan kincir angin ini ditengah-tengah lautan anda memerlukan kapal khas dan kapal khas ini ialah TIV MPI Resolution. TIV MPI Resolution ialah kapal yang boleh berubah menjadi platform pembinaan di atas lautan kerana ia dilengkapi 3 pasang kaki. Terdapat beberapa lagi kapal platform pembinaan sepertio TIV MPI Resolution tetapi kesemuanya hanya mempunyai 2 pasang kaki. Kelebihan TIV MPI Resolution berbanding pesaing ialah ianya lebih besar, lebih stabil dan lebih mudah "berdiri" di atas permukaan laut.

Kapal seberat 4857 tan ini dibina khas bagi tujuan pembinaan beberapa ladang tenaga kincir udara di Britain. Ia siap dibina pada tahun 2003 dan ia diperkasakan 4 enjin diesel dengan output gabungan 10 000 kuasa kuda. TIV MPI Resolution masih digunakan secara aktif membina beberapa lagi kincir udara di tengah lautan bergelora Britain. Agaknya bila Malaysia akan menggunakan kuasa angin? Sampai bila nak pakai bahan api fossil? Harga minyak naik tarif TNB pun naik. Kita pula naik angin!


Related Post



Post a Comment