Kehilangan MH370: Perkembangan hari pertama

Posted by Sosej Roll Blog

MAS

Kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines menggemparkan rakyat Malaysia dan dunia. Ia menjadi tajuk utama berita dunia dan trending di media sosial. Berikut adalah antara perkembangan yang berlaku hari ini:


  • PesawatMalaysia Airlines dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.
  • Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
  • Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.
  • Pada jam 10.30 pagi, MAS mengeluarkan kenyataan media bahawa mereka berusaha menghubungiahli keluarga239 penumpang dan anak kapal penerbangan
  • Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS,Ahmad Jauhariturut mengesahkan penumpang-penumpang adalah dari 15 negara termasuk China, Indonesia, Australia, Perancis, dan Malaysia. 
  • Pada masa yang sama, pihakMalaysia Airports Holdings Berhadmenyuruh orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai kejadian susulan beberapa spekulasi di Twitter.
  • Beberapaahli politik negaramenggunakan Twitter untuk menyeru orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan penumpang dan anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia MH370
  • Selain itu,warga Twitterjuga bersedih sehingga hashtag #MH370 dan #PrayForMH370 menjadi trending. 
  • Pemangku Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Hishammuddin Husseinberkata dalam satu sidang media bahawa  kesahihan laporan media Vietnam yang mendakwa pesawat itu terhempas sedang disahkan oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia dengan tentera laut Vietnam.
  • Perdana MenteriDatuk Seri Najib Razakjuga mengesahkan tiada bangkai pesawat MH370 ditemui di laut selatan negara itu seperti yang dilaporkan sebelum ini. Beliau turut menafikan bahawa terdapat cubaan merampas pesawat tersebut.
  • MAS telah menyiarkansenarai penumpang dan kruMH370 yang hilang.
  • Jabatan Penerbangan Awamberkata laporan media tentang dua tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam masih sedang disahkan.

Related Post



Post a Comment