Kos Rosmah ke Qatar lebih RM400,000

Posted by Sosej Roll Blog


MP Seremban, Anthony Loke hari ini mempertikaikan perbelanjaan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongannya ke Qatar pada tahun lalu yang menelan belanja lebih RM400,00 seperti disahkan Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau merujuk kepada soalannya yang dijawab Shahidan (kanan), yang menjelaskan bahawa kos penerbangan Rosmah ke 4th Qatar International business Women Forum pada November lalu sebanyak RM426,489.46.

Shahidan menjelaskan kos itu terdiri daripada kos bahan api sebanyak RM196,614.31 dan RM229,875.15 untuk kos navigasi, terbang lintas dan agen pengendalian darat.

Menurut Loke, ia adalah satu pembaziran apabila dibandingkan dengan tiket pergi balik kelas bisnes menggunakan penerbangan Qatar Airways dan Malaysian Airlines.

"Di mana moral dia (Najib) cari ayam RM1 tetapi isteri dia menggunakan perbelanjaan kerajaan secara keterlaluan," katanya.

Beliau merujuk kepada tindakan Najib membeli ayam berharga RM1 seekor sewaktu menyampaikan anugerah kedai harga patut kepada pasar raya besar NSK, semalam.

Related Post



Post a Comment