Kunjungan ke rumah krew MAS cari maklumat

Posted by Sosej Roll Blog

Kunjungan ke rumah krew MAS cari maklumat















Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi (tengah) beramah mesra dengan petugas PDRM PRK N25 Kajang di Maktab PDRM, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Harian Online - NIZAM ZAIN


CHERAS - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pihaknya telah membuat kunjungan ke beberapa kediaman krew Malaysia Airlines (MAS) hari ini untuk mendapatkan maklumat bagi membantu siasatan kehilangan pesawat MH370.


Beliau menegaskan kunjungan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu merupakan rutin biasa pihak berkuasa itu dan bukannya siasatan untuk diambil tindakan.

"Tidak (bukan siasatan), apa yang dilakukan pihak PDRM ialah mencari maklumat sebagai nilai tambah untuk menjadi klu kepada pencarian (MH370).

"Ini kerja polis biasalah, untuk mencari bahan (bukti) untuk mempermudahkan penyiasatan jika ada unsur-unsur yang didapati boleh membantu siasatan pihak PDRM," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan dan petugas-petugas PDRM PRK N25 Kajang, Maktab PDRM, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut desas-desus mengatakan pihak polis hari ini membuat serbuan ke atas kediaman milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang memandu pesawat malang tersebut.

Mengulas lanjut, beliau membidas pihak tertentu yang sering menimbulkan persepsi negatif terhadap pihak berkuasa itu dalam menjalankan tugas mereka.

"Saya fikir bukan disiasat untuk diambil tindakan, harus diketahui, jangan ingat polis ini zalim, polis ini baik-baik semua.

"Apa yang dilakukan PDRM untuk mencari maklumat bukan menyiasat, ia untuk permudahkan pencarian jika maklumat itu ada nilai tambah jadi klu kepada pencarian (pesawat MH370)," katanya lagi.

Related Post



Post a Comment