Lagi artis popular kini berhijab

Posted by Sosej Roll Blog

Gambar Sharifah Zarina, 32, yang terkenal dengan lagu Langit Ketujuh yang kini tampil dengan imej berhijab.
Apa yang menarik, Sharifah Zarina juga baru-baru ini telah mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan gambarnya oleh sebuah blog hiburan. Dakwa penyanyi itu, blog tersebut menggunakan gambarnya sambil memaparkan cerita yang mengaibkan.

"Dia ambil gambar saya untuk cerita yang tiada kena mengena langsung, malah cerita tersebut tentang mangsa rogol," ujar Sharifah Zarina yang telah membuat laporan polis pada Khamis lalu di Balai Polis Kampung Subang.

Difahamkan, dia juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap laman blog terbabit sekiranya pemilik blog itu tidak memadam gambar tersebut dan meminta maaf.

Mengenai perkembangannya sekarang, Sharifah Zarina baru-baru ini telah mengeluarkan single terbarunya berjudul Memandang Awan.

Klik gambar untuk size besar








Related Post



Post a Comment