SEPANG – Pihak berkuasa Malaysia menerima latar belakang yang diperiksa terhadap kesemua penumpang pesawat MH370 dari semua negara berkaitan, kecuali Rusia dan Ukraine, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
“Kami menerima latar belakang individu penumpang yang diperiksa, dari semua negara kecuali Ukraine dan Rusia yang mana mempunyai rakyatnya di dalam pesawat tersebut. Setakat ini tiada maklumat yang penting dalam mana-mana penumpang ditemui,” kata Hishammuddin pada sidang media di sini, Rabu.
Seramai 239 penumpang dan anak kapal dengan kewarganegaraan berbeza menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac lalu.
Pesawat itu, yang hilang dari radar Malaysia pada pukul 2.15 pagi hari yang sama membawa warga China, Malaysia, Australia, New Zealand, Perancis, Amerika Syarikat, Ukraine, Kanada, Rusia, Taiwan dan Belanda.
Perlu diingat, Russia dan Ukraine kini sedang bersengketa.
Tentera Rusia telah menawan Crimea yang merupakan wilayah Ukraine yang diberikan taraf pemerintahan autonomi.
Wilayah itu mengandungi sebuah pangkalan tentera laut milik Rusia.
Askar-askar Rusia turut mengepung beberapa buah pusat ketenteraan Ukraine dan menuntut tentera negara itu meletakkan senjata.
Post a Comment