Manusia Gemar Makan Batu

Posted by Sosej Roll Blog



Seorang wanita berumur 45 tahun sudah mempunyai kebiasaan yang luar biasa kerana gemar memakan batu sejak 20 tahun lalu dan sudah mengambil batu seberat total 1,360 kg .Ibu kepada dua orang anak ini mengakui tabiat memakan batu merupakan makanan yang “enak” untuknya. Namun sejak berkahwin dengan suaminya Jim tahun lalu, kebiasaannya itu menjadi tambah serius.

“Pada mulanya Jim membuat saya sangat bahagia dan saya pun mula mengurangkan makan batu. Namun semua orang mempunyai hari yang buruk dan apabila saya mengalaminya, hanya batulah yang boleh membuat saya lebih baik dan terhibur.” jelas wanita bernama Teresa Widener ini.

Teresa menyimpan timbunan batu di peti khusus yang terletak di dapur rumah mereka di Bedford, Virginia dan biasanya memakan batu itu sambil berbual dengan suaminya.

“Saya memilih batu dari bentuk yang saya suka. Saya sukakan aroma tanah yang ada pada batu itu, hingga saya juga menelan tanah yang melekat di batunya.

“Saya merasa lebih baik hanya dengan mengetahui kalau ada persediaan batu di rumah. Mereka selalu ada untuk menghibur saya ketika saya sedang sedih.” jelas wanita ini dia mengemari batu yang lembut dan rapuh.

Tabiat pelik Teresa ini dinamakan sebagai Pica iaitu kelainan yang membuat penderitanya memakan sesuatu yang bukan makanan. Haiwan-haiwan seperti serigala dan penyu juga kadang memakan batu untuk membantu penghadaman, namun kes ini jarang terjadi pada manusia.


Related Post



Post a Comment