MH370: Antara Hishammuddin, Sidang Media Dan Soalan Merapu!

Posted by Sosej Roll Blog


Unprecedented…cuba bilang, memang banyak kali Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengunakan perkataan Bahasa Inggeris itu dalam sidang akhbar harian beliau mengenai MH370.
Kalau diterjemahkan dalam bahasa kita unprecedented bermaksud sesuatu kejadian yang belum pernah berlaku sebelum ini.Mengikut kamus ‘without previous instance; never before known or experienced; unexampled or unparalleled : an unprecedented event’ .
Satu dunia mengakui itulah status misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200 MAS dengan 239 penumpang dan anak kapal itu.Belum ada rekod kejadian yang begini membingungkan pernah berlaku.
Bayangkan siapa saja dalam kedudukan Hishamuddin hari-hari terpaksa mengadap ratusan wartwan dari dalam dan luar negara yang mahu tahu serba serbi.
Kata orang nampak saja senang.Siapa nak cuba berdirilah diatas pentas sidang akhbar itu.
Memang mudah kalau semua jawapan ada dalam tangan.
Isunya sekarang siapa yang boleh secara pasti jawap apa yang sebenarnya berlaku dalam pesawat MH370 di saat lokasi terakhir diatas udara Laut China Selatan sebelum ia melencong ke Barat dan terbang hingga ke hujung dunia di Selatan Lautan Hindi.
Teori 1001 macam teori boleh dibuat tetapi siapa yang berani bagi kepastian.
Kalau kalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang mulut longkang nak cakap banyak dakwa konon kerajaan tidak tahu handle sidang akhbar itu dengan baik khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim…suruhlah dia berdepan dengan media di situ untuk jawapanya.
Kiota boleh tengok sendiri bagaimana hebatnya beliau mampu nak gelembong media tentang ini.
Ketika berdepan dengan tekanan soalan kalangan wartawan mengenai gelagat keluarga penumpang China yang terpekik terlolong di Beijing mahu jawapan apa jadi pada pesawat MH370 baru-baru ini….Hishamuddin sendiri kata beliau tidak mampu beri jawapan yang mereka mahu itu.
Rasanya kalau letak Presiden Obama di atas pentas sidang media itu beliau akan beri jawapan sama.
Ini kerana hingga ke saat ini siapa pun tidak tahu apa yang yang berlaku dalam pesawat itu samaada ia dirampas atau dikendalikan oleh orang yang sengaja mahu bunuh diri atau apa.
Seperti kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya penemuan kota hitam MH370 saja boleh memberi jawapan pasti.
Namun pencarian kotak hitam itu boleh urusan mudah.ia mungkin ambil masa seminggu…sebulan..atau setahun…atau mungkin tidakm ditemui.
Lihat sudah bagaimana bagai mana pasukan pencari pelbagai negara diketuai Australia sampai hari ini belum jumpa sebarang serpihan di Selatan Lautan Hindi.
Itu baru nak cari serpihan untuk mengesahkan betul atau tidak pesawat MAS terhempas di lautan yang dalam dan sunyi itu.
Pelik…di saat-saat yang menekan ini ramai seolah-soal buat-buat lupa bagaimana pencarian kotak hitam pesawat Air France di Lautan Atlantik 2009 ambil masa dua tahun lamanya.
Itu sebuah negara kuasa besar yang ada segala macam peralatan canggih.
Cara keluarga penumpang China dan sesetengah media Barat dan juga pemimpin pembangkang yang mulut longkang cakap seolah Malaysia ada lampu Aladin…wajib mesti jumpa.
Ramai pihak mengakui dalam keadaan tekanan yang hebat,Hishamuddin telah berjaya kendali sidang akhbar harian dengan baik.
Ini juga mengambarkan ketelusan Malaysia dalam memberi apa jua ‘maklumat sah’yang mampu diberi.
Ada juga yang gatal mulut tuduh konon Malaysia ada sorok sesetengah maklumat mengenai MH370.
Soalnya nak sorok buat apa?
Lagipun operasi ini melibatkan 26 buah negara.Mana mungkin Malaysia sorok apa-apa maklumat dari mereka dalam usaha memastikan operasi dan penyiasatan berjalan lancar.
Memang susah bila kena bercakap dengan orang yang sudah tidak rasional dan mahu pakai otak lagi.
Dalam pada itu bayangan hari-hari tanpa jawapan perlu mengadap media seluruh dunia yang harapkan jawapan segera.
Melihat pada senario ini jangan hairan kalau ada wartawan Barat sendiri pun naik merapu tanya soalan yang buat wartawan lain dalam sidang akhbar itu bengang.
Ini berlaku baru-baru ini bila seorang wartawan Peranchis tanya Hishamuddin minta pengesahkan betulkah dia anak saudara Najib.
Bila sudah jem dan tidak ada apa nak tanya dan nak tulis lagi…inilah jadinya.
Bagi yang sudah merasa bosan bolehlah membaca segala macam spekulasi yang kebelakangan ini banyak dimainkan oleh media Barat khususnya yang menjurus untuk menyalahkan juruterbang Kapten Zaharie sebagai dalang insiden ini.
Juga tengok sudah bagaimana Fox news cuba mengaitkan dengan unsur Islam pula.
Apa lagi kerja yang mampu dibuat kecuali mahu kasi terus panas ini cerita. – Agendadaily.com

Related Post



Post a Comment