MH370: Krew, Penumpang ISLAM Pulak Dituduh Terlibat!

Posted by Sosej Roll Blog


RANCANGAN
 Young Turks iaitu satu saluran berita online telah membuat dakwaan melampau bahawa peristiwa melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 adalah berkemungkinan besar disebabkan oleh penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan yang beragama Islam.
Program online di YouTube itu yang dikendalikan oleh pengacara Cenk Uygur memetik beberapa laporan stesen berita antarabangsa Fox News yang didakwanya lambat menyedari bahawa kemungkinan insiden MH370 disebabkan orang Islam.
Beliau turut membuat dakwaan melampau dengan mengatakan di akhir rakaman video itu bahawa penganut Islam itu adalah berpotensi untuk menjadi pengganas.
Cenk turut menyiarkan statistik hasil bancian di Malaysia yang menunjukkan Malaysia mempunyai penduduk beragama Islam yang majoriti dengan 61.3 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia.
Tindakan membuat dakwaan melampau itu sebenarnya biasa dari agensi berita asing tambahan pula selepas kejadian 11 September 2001 yang mana penganut Islam dilihat sebagai pengganas di seluruh dunia. - MYNEWSHUB.MY

Related Post



Post a Comment