MH370: Najib Bersama Pelumba F1 Bertafakur Seminit Di Litar Sepang

Posted by Sosej Roll Blog


SEPANG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama 22 pelumba Grand Prix Formula One Malaysia Petronas 2014 bertafakur seminit bagi memberi penghormatan kepada penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Litar Sepang di sini, hari ini.
Pasukan Formula One turut menampalkan pelekat #remembering MH370, #prayforMH370 dan #doauntukMH370 pada topi keledar masing-masing sebagai tanda penghormatan kepada 239 penumpang dan anak kapal MH370.
Penonton yang hadir juga turut bertafakur serta bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku sebelum perlumbaan bermula pada 4 petang ini.
Turut hadir menyaksikan perlumbaan itu ialah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China, dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Najib mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”. – BERNAMA

Related Post



Post a Comment