#MH370 : PANAS…. Badan Perisikan China Adakan Mesyuarat Khas Hari Ini

Posted by Sosej Roll Blog

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) yang merupakan salah satu agensi perisikan paling aktif dan berkuasa di dunia mengadakan mesyuarat khas di Beijing hari ini bagi memulakan penyiasatan untuk mengesan perkaitan sama ada rangkaian pengganas Al-Qaeda berkerjasama dengan pemisah Uighur dalam kehilangan pesawat MH370.
Seramai 153 warganegara China dikhuatiri maut jika pesawat berkenaan terhempas.
Sehingga jam 3 petang waktu Beijing, belum ada sebarang maklumat dikeluarkan hasil mesyuarat berkenaan.
mynewshub.my
MSS merupakan komponen penting kerajaan China yang bertanggungjawab memastikan Parti Komunis China yang menguasai pasukan tentera (People’s Liberation Army) kekal berkuasa.
Agen MSS dikatakan wujud di segenap pelusuk dunia dengan menyamar sebagai warga tempatan di sesebuah negara itu.
Penemuan awal pakar penerbangan China ialah berlaku kejadian yang ‘ganas dan membawa bencana’ yang menyumbang kepada kapal MH370 berkecai.
Kewujudan dua penumpang misteri yang mengembara secara bersama menggunakan pasport palsu menimbulkan syak berlaku serangan pengganas di udara dalam kes kehilangan MH370.
Kedua penumpang berkenaan menggunakan pasport warga Itali dan Austria.

Related Post



Post a Comment