Satelit China dilaporkan mengesan objek berukuran 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar dalam koridor pencarian selatan yang kini sedang dipergiatkan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.
China juga telah memaklumkan mengenai penemuan tersebut kepada pihak Australia.
Penemuan terbaharu ini diumumkan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika sesi sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA, hari ini.
Objek tersebut dilihat menjadi petunjuk terbaharu selepas satelit Australia mengesan dua objek di koridor sama, dua hari lalu.
Post a Comment