MH370: Simulator Dibawa Ke Ibu Pejabat Untuk Dianalisa – KPN

Posted by Sosej Roll Blog


PETALING JAYA –  Polis telah memeriksa rumah juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan mengambil simulator penerbangan yang terdapat di rumahnya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata simulator tersebut akan dipasang semula di ibu pejabat polis untuk dianalisa oleh pakar-pakar.
“Polis telah mengambil ‘flight simulator’ juruterbang MH307 yang hilang.
“Ia akan dipasang semula di ibu pejabat polis untuk dianalisa oleh pakar,” katanya pada sidang media mengenai pesawat MH370 yang hilang, Ahad.
Katanya, selain rumah Kapten Zaharie, polis turut menjalankan pemeriksaan di rumah pembantunya, Fariq Abdul Hamid.
“Pegawai-pegawai telah bercakap dengan ahli keluarga juruterbang dan pakar-pakar membuat pemeriksaan terhadap simulator penerbangan juruterbang.
“Pada 15 Mac, polis juga mencari rumah pembantu juruterbang,” katanya.
Tambahnya, selain juruterbang dan pembantunya, setiap penumpang dan anak kapal MH370 akan disiasat.
Katanya, ia adalah prosedur penyiasatan yang biasa dilakukan.
Beliau menambah, siasatan polis akan memberi fokus terhadap empat sudut utama iaitu kemungkinan berlakunya rampasan, sabotaj, psikologi krew dan penumpang serta peribadi krew dan penumpang.
Jelasnya, siasatan ini dijalankan dengan kerjasama erat dari pelbagai negara.

Related Post



Post a Comment