MH370 terbang lebih laju dari dijangka

Posted by Sosej Roll Blog


Badan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengumumkan kawasan carian akan beralih kepada 1,100 kilometer ke Timur Laur daripada kawasan carian semasa ekoran petunjuk baru berwibawa daripada siasatan antarabangsa di Malaysia.

Ini bermaksud operasi mencari dan menyelamat kini melibatkan kawasan seluas 319,000 kilometer persegi, kira-kira 1,850kilometer daripada Barat Perth.

“Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB)... menilai nasihat (pasukan Malaysia) dan mendapati perkara ini petunjuk paling berwibawa di mana serpihan-serpihan mungkin berada,” katanya dalam kenyataan.

AMSA berkata, analisis berterus pada data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum hubungan radar hilang, menunjukkan pesawat itu bergerak lebih pantas daripada yang dijangka sebelum ini.

Ia, justeru, menurut Amsa, meningkatkan penggunaan bahan api dan mengurangkan kemampuan jaraknya di Lautan Hindi

Related Post



Post a Comment