MYTHBUSTERS : MENYELONGKAR MITOS PESAWAT MUNCUL KEMBALI SELEPAS HILANG SELAMA 35 TAHUN!

Posted by Sosej Roll Blog

Sejak beberapa hari ini pelbagai cerita mitos muncul di susur masa media sosial berkenaan kehilangan MH370. Ada beberapa mitos telah kami jawab di artikel kami. Klik link tadi untuk mendapat jawapan berkenaan kenapa Google Earth tidak digunakan dalam operasi menyelamat. Mengapa kapal selam Scorpene tidak dihantar untuk mencari MH370 dan sedikit informasi mengenai penggunaan black box.


Sebentar tadi susur masa Twitter kami menerima satu lagi soalan dari pembaca yang mengatakan ada teori baru kononnya ada pesawat yang hilang selama 35 tahun dan muncul semula pada tahun 1993. Link video dibawah diberikan kepada kami sebagai bukti kesahihan cerita ini.

Baiklah mari kita musnahkan cerita bohong tahap sinetron murahan ini dengan menggunakan fakta. Kami sedari kenapa cerita macam ini mendapat tempat di hati Malaysian. Ya kami sedari ramai yang mahu fikir positif bahawa penumpang MH370 selamat tetapi disorokkan djinn and aliens or whatever shit you believe in. Truth of the matter is rakan-rakan sekalian cerita di atas tidak ada bukti pernah berlaku sama sekali.

"Berita" di atas dimuat naik pada Julai 2013. Ianya diambil dari siri TV Indonesia On The Spot. Ia memaparkan berita "aneh", "misterius" dan "angker" yang berlaku seluruh dunia. Jadi bolehlah dikatakan siri On The Spot ini ialah siri TV Mastika edisi Bung Karno. Di bawah ialah sebuah lagi klip rangkuman "berita misterius" dari seluruh dunia yang dilaporkan oleh rancangan ni.


Spot a trend yet? Rancangan ini meletakkan berita random dan video viral palsu sebagai berita sahih. Maka disini anda sepatutnya sudah boleh mempertikaikan kesahihan cerita pesawat mendarat selepas 35 tahun menghilang.

Kami melakukan sedikit carian di internet dan laporan paling awal mengenai cerita ini kami jumpai di laman Socyberty. Entri cerita ini ditulis pada 28 Mac 2011. Tetapi ada perbezaan ketara diantara cerita yang dilaporkan di Socyberty dengan cerita yang dilaporkan di On The Spot.



1. Dalam laporan asal kejadian berlaku pada tahun 1946 bukannya 1945. Sebuah pesawat Lockheed Constellation dikatakan hilang ketika dalam perjalanan dari Rio De Janiero ke Havana Cuba.

2. Dalam laporan asal pesawat mendarat secara tiba-tiba di Bogota Colombia pada tahun 1993 bukannya di Porto Allegre Brazil pada tahun 1980. Perbezaan hilang selama 47 tahun ataupin 35 tahun bergantung kepada cerita mana yang anda mahu percaya.

4. Laporan asal juga lebih terperinci kerana mengatakan masih terdapat kopi yang masih panas dan rokok yang masih berasap di dalam kabin berisi penumpang yang kini hanya tinggal rangka.

Seterusnya mari kita lihat senarai penuh kesemua insiden kecelakaan yang melibatkan pesawat Lockheed Constellation. 

Kepada yang kurang arif Lockheed Constellation ialah pesawat yang popular pada waktu itu dan adalah yang paling canggih boleh digunakan syarikat penerbangan. Pesawat jenis ini juga digunakan Presiden Dwight Eisenhower sebagai pesawat rasmi beliau semasa memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat.



Senarai penuh kesemua kecelakaan melibatkan Lockheed Constellation boleh anda akses melalui pautan ini. Diantara 1945-1946 berlaku 6 insiden kemalangan melibatkan pesawat ini. Kesemua melibatkan kemalangan yang berlaku di Amerika Utara melibatkan pesawat milik Pan Am, TWA Airline dan sebuah milik Tentera Udara Amerika Syarikat. Kesemua pesawat yang terhempas berjaya ditemui.Tiada yang hilang. 

TIADA insiden melibatkan pesawat yang terbang dari Rio De Janeiro ke Havana diantara 1945-1946. Kemalangan pertama pesawat ini di Amerika Selatan dilaporkan pada tahun 1955 apabila pesawat milik Panair Do Brasil terhempas ketika cuba mendarat kerana melanggar sebatang pokok. Seramai 16 dari 24 penumpang meninggal dunia. Pesawat berjaya ditemui. Sebuah lagi insiden berlaku pada tahun1959 melibatkan pesawat Lufthansa yang terhempas ketika cuba mendarat di Rio De Janeiro akibat cuaca buruk. Hanya 3 dari 39 anak kapal terselamat. Sekali lagi pesawat ditemui.

Jadi terbukti tiada rekod langsung ada pesawat dari jenis ini hilang sepanjang ianya digunakan oleh syarikat penerbangan seluruh dunia.

Kami kemudian melakukan carian senarai pesawat penumpang yang hilang dan sehingga kini tidak ditemui. Hasilnya ialah senarai lengkap pesawat yang hilang dan tidak ditemui sejak 1856 sehingga 2014. Tidak ada satupun pesawat di dalam senarai ini dalam perjalanan dari Rio ke Havana. 

Jadi apa konlusi kami mengenai cerita yang sedang HEBAT dikongsi di laman sosial sekarang?



Related Post



Post a Comment