Nelayan Jumpa Objek Mirip Rakit Penyelamat… Tapi Tenggelam??

Posted by Sosej Roll Blog

PORT DICKSON – Sekumpulan nelayan mendakwa menemui satu objek menyerupai rakit penyelamat kapal terbang ketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, tengah hari semalam.
Seorang daripada mereka, Azman berkata ia ditemui tenggelam timbul kira-kira jam 12 tengah Hari dan menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkannya ke dalam bot kerana terlalu berat.
Katanya, dia yang mengikuti perkembangan kehilangan pesawat MH370 bersama tiga rakan lain, tertarik untuk mendapatkan objek berkenaan.
“Kami berjaya mendapatkannya dan diikat pada bot kerana takut ia tenggelam. Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor,” katanya semalam.
1203RakitKesalamat02Dia yang keluar menangkap ikan jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam tadi memaklumkan penemuan itu kepada BH pagi ini.
Katanya, penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370.
“Apa yang lebih meyakinkan kami ialah ada tulisan ‘boarding’ pada objek itu,” katanya.
Beliau berkata, sejurus bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka menyambung kerja menangkap ikan.
Jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan APMM dihantar ke tempat kejadian.
Bagaimanapun, katanya, objek itu terus tenggelam dan dipercayai tidak sempat dinaikkan ke dalam bot APMM.
Penulis melihat perkara ini seperti satu usaha sia-sia dan sehingga hari ini pihak APMM tidak pun cuba untuk mendapatkan semula objek berkenaan yang dikatakan sudah tenggelam.
Jika ia adalah cebisan bukti atau jejak yang ditunjukkan untuk membantu mencari lokasi MH370, kini ia sudah tenggelam tanpa diuji apakah sebenarnya objek berkenaan.1203RakitKeselamatan02

Related Post



Post a Comment