Obama Keluar Kenyataan Pertama Tentang MH370

Posted by Sosej Roll Blog


Seperti diketahui, Amerika Syarikat merupakan antara negara yang memberikan bantuan mencari pesawat Boeing 777-200ER milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Bagaimanapun hanya pada 19 Mac (Rabu), barulah Presiden AS Barrack Obama direkod mengeluarkan kenyataan tentang insiden ini.
Dalam satu program wawancara di White House untuk stesen televisyen Dallas, KDFW, Obama memberikan ulasan pertama di hadapan kamera berhubung kehilangan pesawat MH370.
Obama berkata, AS menjalin kerjasama erat dengan Kerajaan Malaysia sepanjang usaha menyiasat dan mencari MH370.
Beliau turut memberi jaminan, hal ini merupakan keutamaan di mana AS memberikan usaha terbaik untuk menjayakannya.
Antara agensi yang digerakkan bagi membantu usaha ini termasuklah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (National Transportation Safety Board) dan agensi-agensi lain berkaitan penerbangan yang boleh membantu usaha pencarian dan penyiasatan.
Antara aset yang dihantar AS pula antaranya pesawat P8 Poseidon dan P-3 Orion untukoperasi mencari dan menyelamat (SAR).
malaysia-plane
Obama turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.
Daripada 227 penumpang dan 12 anak kapal MH370, tiga daripadanya merupakan rakyat Amerika. - REM RAMZI MYNEWSHUB
Sumber: AFP

Related Post



Post a Comment