GOPENG: Seorang pemandu bas maut manakala dua penumpang parah apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke gaung sedalam hampir 10 meter di Kilometer 301.5 Lebuhraya Utara-Selatan laluan ke utara di sini hari ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng Ibrahim Mohd Arifin berkata dalam kejadian pada 4.25 petang, bas terbabit dipercayai terbabas selepas hilang kawalan sebelum terjunam ke gaung yang terletak di sebelah kiri laluan berkenaan.
Kejadian itu berlaku kira-kira lima kilometer dari plaza tol Gopeng di sini ketika bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Post a Comment