Pembaca Berita Buletin Utama Menahan Sebak Malam Tadi Kerana #MH370

Posted by Sosej Roll Blog



Apabila kejadian yang besar seeprti kejadian melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ini, sebagai manusia biasa agak sukar untuk seseorang itu mengawal emosinya daripada tersentuh seterusnya mengalirkan air mata.
Itulah yang terjadi kepada pembaca berita Buletin Utama di TV3 Azawati Zainol Abidin malam tadi apabila jelas gagal menahan sebak pada penutup siaran langsung itu ketika bertugas.
Kesedihan Azawati gagal dibendung kerana beliau membaca berita mengenai luahan hati isteri seorang penumpang pesawat MH370 iaitu Intan Maizura Othaman yang menyiarkan luahannya di laman Instagramnya semalam.
Menurut Azawati ketika dihubungi stesen radio Hot FM pagi ini, beliau menangis kerana merasai bagaimana perasaan seorang ibu dan isteri kepada para penumpang yang masih belum diketahui lokasi mereka sejak pesawat MH370 itu hilang pada 8 Mac lepas.
Peristiwa itu mengejutkan penonton Buletin Utama malam tadi dan video saat Azawati berkata-kata dalam nada sebak terus dikongsikan di laman sosial terutamanya di laman YouTube.
Azawati berkata selepas siaran langsung berkenaan para petugas Buletin Utama memeluknya kerana sama-sama merasai kesedihan yang dialami oleh para ahli keluarga penumpang MH370 yang hari ini sudah  memasuki hari ke-19 pesawat itu gagal dikesan. – MYNEWSHUB.MY

Related Post



Post a Comment