Pihak berkuasa siasat dua lagi penumpang guna pasport palsu

Posted by Sosej Roll Blog

Pihak berkuasa siasat dua lagi penumpang guna pasport palsu
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa sedang menyiasat dua lagi individu dalam pesawat MH370 ekoran laporan dua individu menggunakan pasport palsu milik warga Itali dan Austria menaiki pesawat itu.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihaknya turut menyiasat senarai penumpang yang berada di dalam pasawat MH370.

Ini ekoran laporan media bahawa melaporkan dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 tidak menaiki kapal terbang tersebut, tetapi kehilangan pasport mereka.

Individu pertama ialah seorang lelaki warga Itali  bernama Luigi Maraldi yang dilaporkan kini berada di Phuket, Thailand.

Individu kedua yang namanya berada di dalam senarai penumpang tetapi tidak menaiki pesawat MH370 ialah seorang warga Austria yang juga melaporkan pasportnya dicuri dua tahun lalu di Thailand.

Sementara satu lagi kes pasport palsu dilaporkan melibatkan warganegara China dari Fujian yang disenarai dalam penerbangan MAS telah ditemui di rumahnya dan dia sebenarnya tidak pernah melancong ke luar negara.

Hishammuddin berkata beliau telah berbincang dengan agensi risikan Malaysia dan Antarabangsa.

“Saya mengesahkan bahawa pihak risikan antarabangsa telah bersetuju untuk berkerjasama dan melibatkan unit anti penganas (counter terrorism unit)masing-masing kerana tragedi ini tidak boleh diambil dengan mudah,” katanya semasa suatu sidang media di Hotel Sama-Sama hari ini.

Hishammuddin berkata pihak FBI akan turut terlibat di dalam siasatan ini dan beberapa pegawai FBI telah pun dihantar ke Malaysia.


UPDATE : Hanya 2 sahaja penumpang yang menggunakan passport palsu .

Related Post



Post a Comment