Remaja 17 Tahun Cuba Cabul Wanita Berusia 54 Tahun

Posted by Sosej Roll Blog


TELUK INTAN - Tidak padan dengan usia, seorang remaja bertindak berani apabila cuba mencabul seorang wanita berusia 54 tahun dalam satu kejadian di Jalan Maharajalela, di sini, kelmarin.

Remaja berusia 17 tahun itu pada awalnya cuba menarik perhatian mangsa dengan memaklumkan ayam jagaan mangsa yang berada di belakang rumah mati.

Bagaimanapun, suspek kemudiannya menekup mulut mangsa dan memeluknya daripada belakang.

Difahamkan, berlaku sedikit pergelutan, namun tindakan mangsa yang sememangnya mengenali suspek menjerit meminta pertolongan menyebabkan remaja terbabit segera melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

“Kes disiasat mengikut  Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan buat masa ini belum ada sebarang tangkapan kerana suspek yang juga jiran mangsa melarikan diri,” katanya.

-sinarharian

Related Post



Post a Comment