Respon Qi Razali kekasih Nelydia buang gambarnya dalam Instagram

Posted by Sosej Roll Blog

Semakin hangat kontroversi percintaan antara Qi Razali dan Nelydia Senrose. Satu demi satu gosip yang diterima oleh pasangan ini.

Terbaru, ramai peminat pelakon jelita Nelydia Senrose merasa hairan dengan ketiadaan sekeping pun gambar berdua bersama kekasih hatinya, Qi Razali di dalam akaun Instagram beliau. Maka gosip keretakan hubungan mereka bertiup kembali. 

Ekoran menyedari perkara itu, peminat yang mahukan penjelasan telah mengajukan pertanyaan di akaun Instagram Qi Razali pula."Please... kami letak gambar pun nak share je. Jangan jadikan Instagram sebagai pengukur kehidupan reality yang peribadi. Cukup sekadar mendoakan kebahagiaan. Takyah berkasar bahasa." Jawab Qi.



Ramai peminat mengaitkan perkara ini berlaku kerana hubungan rapat antara Nely dan Sharnaaz Ahmad. Dengan gambar-gambar mesra serta kenyataan romantik Sharnaz terhadap Nelydia Senrose beberapa minggu lalu, menguatkan lagi gosip hangat tersebut. -TTO

Related Post



Post a Comment