RUMAH MODULAR UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH RUMAH MAHAL DI LONDON (10 GAMBAR)

Posted by Sosej Roll Blog

London ialah antara bandar paling mahal untuk didiami kerana harga hartanah yang melampau. Golongan muda yang baru bekerja tidak mampu menyewa apakan pula memiliki rumah di bandaraya ini. Y:Cube ialah konsep apartment modular satu bilik yang cuba menyelesaikan masalah ini. Setiap unit Y:Cube mempunyai keluasan 250 kaki persegi dan boleh dibina dengan harga yang murah sekitar GBP 30 000. Sebanyak 40 unit ini boleh disusun bagi membina sebuah rumah projek perumahan rakyat. Sasaran Y:Cube ialah golongan miskin yang meneriman bantuan jabatan kebajikan masyarakat UK. Apa yang berlaku sekarang pihak JKM UK menyewa rumah yang sedia ada sekitar UK dari tuan tanah yang mengenakan sewa yang tinggi. Ini adalah sebahagian daripada projek mengurangkan kos membantu golongan miskin di Britain yang menelan belanja tidak kurang dari GBP 10 Billion setahun. 



Related Post



Post a Comment